Tuesday 24 June 2014

Mood swing.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ  

Sepatutnya sebelum entry ni kena sambung entry lps dlu. Tp tu nnt yan ttp akn publish. Cut it short, pada 16 Jun 2014 bersamaan dgn hari Isnin, yan selamat melahirkan seorang putera utk melengkapkan keluarga kecil kami. Nnt yan akan cerita pengalaman. Entry ni nk luah perasaan ibu dlm pantang.

Masuk hari ni dah 9 hari yan berpantang. Mmg susah utk org muda aktif ke hulu hilir dgn kerja byk mcm yan ni kne kurung dlm umh. Tersiksa jiwa mak, gayah oiii. Hubby plak jenis berkepit. Skrg sume kne buat sorg. Dia dh mula merunggut jgk la nk kita teman. Dia tak tahu kita ni pun separuh nanar duk umh je.

Ddk rmh mmg bosan. Nk tgk tv, yan ddk kt main hall umh ibu berpantang. Which tv kat second hall dgn blik ibu je. So baby dh tdo, mls la nk kalih2 tmpt. Tv out. Keluar rumah mmg xblh. So hp jela pengubat jiwa lara. Rutin sama je setiap hari. Browse IG, baca FB, BW... Ulang blk bnd sama. Mmg jemu sgtla.

Nk jd cerita, mse tgk IG nmpk igShop jual bag ni. Then terdetik dlm hati. Dah lama tak shopping utk diri sendiri. Awl mengandung dlu ada la beli sehelai baju dgn 3helai palazo n sweater pk nk pki g hsptl nnt. Nk dkt bersalin, beli nursing bra dgn loose hipster. Beli tu pun sbb yg sedia ada dh semakin tak muat. Tu ajela beli utk diri. Bygkan la 39minggu bkn skjp. Hubby dh bpe kali shopping beli baju jeans bagai. Mse mengandung blh bersabar lg xbeli pape. Sampai hari jadi sendiri pun tak beli pape utk diri. *tiba-tiba sebak* 

bukan nak merungut, tapi baru sedar. Hubby pun xd beli apa2. Bkn dia xbg duit belanja, tp mmg xd belanja utk diri sndri. Awl mengandung ada minta hubby pregnancy pillow. Kena tentang habis-habisan. Itu yg lps dr tu mls nk minta apa2. Takut kecewa je. 

Tapi hari ni, tgh tgk IG tiba2 teringin beli handbag dgn purse baru. Message hubby tunjuk gmb. Ckp ngn dia nak. Dia ckp beli la. Kan ada duit. Terus sentap. Kalu beli pakai duit sndri, baik xyh tnjk kat dia. Beli je terus. Kecik ati. Terus ckp takpe la. Tak yah beli. Pastu dh mls nk ckp psl handbag lg. hukhuk

Friday 13 June 2014

False Alarm.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ  

*entry tertunda*

Mummy freaking out. Hihi. Sintom ibu mengandung. Sintom nenek nak cpt title. Sintom daddy cool tp hakikatnya gelabah. Or in my case, Abi yg xsabar nk apply cuti bersalin lpk ngn mama n baby. Hihi

Hari ni 15jun. My EDD jatuh pada 20jun. Lambat lagi kan? Tapi smlm adalah hari paling sibuk M2B ni. Bkn hanya semalam, but this whole week. Cuba bayangkan. 

On Monday, my family semua xd. Pergi holiday. So urusan kedai, yan kena dan paksa rela jugak kena settlekan. Stok baru masuk. So kena hantar ke kedai. Oh ye. Mula house cleaning jgk. Sbb risau PopOut awal, rumah berhabuk tak berkemas. So, yan dh mula kemas stor. Barang baby semua yan sebelahkan utk bwk rumah nenda dia as pantang kat sana. Langsir, sarung kusyen, cadar semua basuh dan pasang semula. Letih? Sangat tapi puas hati sbb rumah wangi. Yan klu basuh langsir, jemur dgn cara terus gantung semula pd tmpat ny. Mau tak harum satu rumah. Malam nak tidur hubby siap ckp, baru nmpk mcm bilik. Kalu tak mcm hostel. Ada yg blangsir, ada yg tak. Itu belum masuk yg cangkuk tkeluar, gumpal sana sini, daki2 kucing gesel dll. Haha

Selasa pulak, family balik dr vacay. Mlm amik dorg kat airport. Sblm tu iron baju kerja hubby. Basuh kain siap. Kemas master bedroom dgn kemas dapur. As yan xd nnt, dapur mmg xberasap la. Yan pun tak kasi hubby guna dpur. Kihkih.

Rabu hantar stok pg kedai. Not to forget, Don Ali dtg stayed dgn kami. At first, yan mcm rasa mampu. Tapi akhirnya surrender. Tak larat nak lyn dia dgn keadaan makin sarat ni.

Khamis merupakan hari santai yan. Rehat kat umh. Lps siap sapu buang sampah semua, amik Don dr rumah pengasuh. Sengaja amik awl. Rindu bdk kecik tu. Kesian jgk sbb kne tgl dgn pengasuh. By the time hubby blk, perut dh mula sakit. Tp diam lagi. Takut kne mrh amik Don awl td. Mlm ny Don tdo umh kami. Hubby yg tdo bwh dgn dia. Tp yan xsmpi hati. Esk dia kje. Don plak bila nk tukar posisi je dia akan merengek. Itu belum pampers pnuh or haus lg. So, yan pn suh hubby naik ats ktil tdo. Yan plk jge Don. Siap suh hubby tdo blik sblh spy ckup tdo. Kihkih. Mlm tu yan byk gila keluar keputihan dgn lendir. Smpi tbe2 meleleh. Bgtw hubby, dia suh rehat.

Jumaat sekali lagi hantar stok. Byk sgt stok masuk minggu ni. Mula kira dgn ibu kat umh ibu. Asingkan, ikat ikut size. Dh siap bru hntr kedai. Masa buat kerja ni dh rasa skt semacam perut. Masib Don kat rumah pengasuh. Blh la yan buat kerja laju sket. Tp masa kt kedai, prut sakit sgt. Balik mlm tu rasa lendir keluar. Tp hubby mcm biasa la. Suh kita cool down je. Dia blh plak blk lmbt main futsal. Kita dh rasa nk tberanak. Hihi.

Sabtu hubby kena keja. Sepatutnya ada check up pg ni. Tp tunda esok sbb hubby nk ikut sama pg check up. Yan blh bjalan ikut ibu. Siap pg opening ceremony stokis phyto science kt bkn jelutong lg. then hubby amik yan kat kedai ibu. Trus g umh pengasuh amik ank buah hubby, si don. Masa amik tu, tgk kepala dia pnuh bintik2. Alamak! Risau mode ON. Bdk ni dmm cmpk ke? Dgn keadaan kita sarat, due lg seminggu, takut jgk la jangkit. Hubby dh xkasi dkt dh. Blk umh siap2 nk bwk don pg klinik pastu igt nk g nilai aqiqah ank mu bff elly, si damia naik buai. Tp keadaan btul2 tak mengizinkan. Pg klinik, doktor kata bkn chicpox. Tp doktor bg ubt selseme and dmm. Keluar dr klinik mood don xelok. Ssh hubby nk drve klu dia ddk kt pangku hubby. Yan decide trus  blk umh je. Xyh pg nilai. Kami trus pg umh ibu. Nk tglkn don kt ctu mlm ni sbb esok pg2 dh nk g klinik check up. Ibu ajk pg knduri plk. Don tgl umh, kami pg knduri. Tp yan dgn hubby xmsuk pn. Hntr ibu, kami blk sbb yan skt prut. Bkn nk bersalin, tp nk melabur. Hihi. Ibu blk bwk berkat. Ad pulut kuning dgn kari telur puyuh. Yan dgn hubby mkn.

Esoknya, celik mata ddk terus bkejar ke tandas. Muntah. Hbis isi perut. Ini dh plik. Hubby pn sama. Bangun, msuk tnds cirit birit. Almk! Mkn mlm td ke? Call ibu, org yg pg knduri smlm pn cirit birit jgk. Punca~~~

Next entry psl last check up. Tggu rajin and free sket ye.

Barang kelengkapan bayi ke hospital (swasta)

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ  

Last entry Yan ada tulis nak update pasal barang baby yg Yan bawa ke hospital kan. So, roll picture kita jelaskan satu persatu. Btw, beware with this freak matching mummy to be. Hihi.


Ini beg baby. Hadiah from Nenda utk baby. Nenda beli masa business trip dia ke Jakarta. Beg sekali dgn beg keep warm susu skali. Tapi beg botol tu Yan tak bawak pun sbb baby punya TT bottle  tak muat la masuk beg tu. So Yan just letak kat tepi beg ni je botol susu baby. Bawak botol pun sebiji je. Utk air masak.


Yg ini set dampar. Aritu Yan blog kata nk bwk set tilam baby standby dlm keta kan? Tak jadi. Ini biras Yan dh bg set dampar with one pillow. So just bwk ini je. Muat pulak tu masuk dlm beg yg Nenda LittleM bg ni. Yg gmbr rusa kutub tu adalah 3D blanket baby. Abi LittleM suka sgt material blanket ni. Silap2 nnt masa tidur malam, dia tarik je selimut ni dr baby. Hikhik.


Next: Face towel, Lampin/bedung & Tuala. Sebenarnya tuala tu tak perlu pun. As the midwife kat Klinik Bersalin Razif tu dah cakap just bawak baju balik utk baby je. Tapi M2B ni kan matching freak. So nk jgk bwk tuala yg match dgn face towel tu dan barang baby yg mmg biru~~~~ Utk mommies yg bersalin dkt swasta, bila anda dpt baby, baby dah wangi harum bersih suci dah. Semua midwife akan buat. So, no worries. Lampin tu pakai utk bedung ye. Bukan utk lap. Lap lap pakai face towel. Abi shud been noted about this. Kang dia belasah je apa ada.


Ini persalinan baby. Newborn kimono. Yan pilih long sleeve. Ikut suka la ibu ibu nak bawak apa ye. Abi LittleM dr sekolah rendah main rugbi. So, baju ni gmb American Football. So kira mama tribute utk Abi la ni. Set booties mitten and bonnet jgn lupa ye. Oh, jgn dilupa barut ye. Kang kembung plak baby. Plus bila barut ni, selamat sket tali pusat baby. Xdla terlanggar. Kecian dia sakit nnt. Pampers plak Yan bawak 2kpg standby. Tak tahu perlu atau tak. Sbb masa kwn Yan bersalin dkt KPJ, xperlu pun. Dia siap dpt free pack newborn pampers lagi dr pihak hospital. Yang penting be prepared. 

Thats all. Perasan tak sikit je keperluan baby tu? Barang mandian semua Yan tak bawak. Sebab midwife kata tak perlu. Cuma Yan standby minyak kayu putih dgn baby wipes je nnt. Mama tak suka dan tak benarkan penggunaan minyak YuYee krn tak yakin keHALALannya. So, standby my own oil jela utk baby nnt. Okla. Hope dpt membantu ibu baru yang nak buat persiapan. Muahxxx




Sunday 1 June 2014

Rezeki anak.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ  

Bertemu kembali. Masih bercerita ttg my LittleM. Sejak dia berada dalam perut ni, kehidupan kami sentiasa cukup. Serba serbi cukup. Walaupun ada masalah sana sini. Beli stok barang, barang tak jual (which mama yg slh sbb byk komitmen lain or erti kata lain, malas sesgt). Then baik hati bagi org pinjam duit ratus ratus, tiba2 orang tu hilang block kite mcm kita plak yg slh ( klu ikutkan boleh je g serang umh dia tanya mana duit kan, klu kejam sgt la kan). Tapi syukur, semuanya masih cukup. Harap2 sehingga LittleM lahir, kami masih mampu sediakan secukupnya utk si kecil ni.

Sabtu baru ni, Abi kena kerja. Bukan la ada office hour ke apa. Cuma kena pergi rumah client. Kebetulan rumah client tu dkt dgn rumah Along(abg hubby). Dia pun singgah la nak jumpa budak shontel si Don Ali tu. Siap call Yan facetime lagi. Seronok nawnaw budak kecik tu dpt facetime. Guess what? Mainan fav dia masih bola merah yg kami beli masa dia tgl seminggu dgn kami dulu. Itu la yg dia bwk sana sini. Allah. Pandai betul budak ni.

Balik dr sana, hubby call Yan. Excited semcm. Sampai dua kali call. Pertama tu nak ckp bnd lain, tp ckp bnd lain. Call skali lg baru igt apa yg nk dickp. Haha. Yan xikut hubby sbb busy dgn kedai masa ni. So hubby call bgtw, brg2 yg Yan perlukan tapi masih belum beli lagi biras Yan bg kami. Besen mandi, kelambu baby, breast pump (Avent nok, wlpn manual kan. Bukan murah brand tu wlpn manual gitew) siap skali storage bottles ada 4 and breast pad Avent ada 3kotak. Nasib breast pad ni Yan baru beli satu je. Tu pun dh siap capture gmb kut kut nnt nk suh hubby g restock ke ap. haha. 

Mmg rezeki betul dpt semua ni. Kami ingat nk tunggu Mom and Baby Expo next week kat shah alam tu baru beli. Sbb dh survey kat kedai brg2 yg ni sume mmg mahal berbanding expo yg boleh dpt dgn less 30-50%. Gila kan? Tapi expo tu plak mula2 tukar venue, then dorg postpone smpi ke July (masa ni dh kecewa dh bila taw), skali skrg latest news expo tu dibatalkan terus sbb venue tu masih under renovation lagi wlpn dh postpone ke bulan July. Hampa ibu bapa yg dh mmg plan nak cr brg kat expo kan. Terpaksa la kejar yg kat Melaka pny expo plak ye. 

As for me, syukur sbb ada biras yg bg semua yg diperlukan tu. Xd isu pun second hand ke apa ke. Sbb brg2 tu pun bukan guna lama kan. Mcm kelambu baby tu. Awal2 je kot guna. Nnt baby asing nak gayut kat mama, kelambu ke mana, baby nyotnyot je. Hihi. Besen pun gitew jgk dgr ny. Pakai dlm pantang jela kot. Lps tu, baby mandi shower jela. Dpt plak klu yg jaga Yan pantang nnt org tua yg pro bidan, lnsg dia xguna besen tu. Pakai baldi je ltk air suam, guna gayung mandikan baby je nnt. Breast pump plak, utk permulaan okla. Tp Yan bukan kerja pun. So xd masalah nak menyusukan LittleM. Klu nak, sumbatkan aje la nnt kan. Cuma awal2 ni, kena pump la nak kasi susu tu keluar kan. Kang sumbat ssh baby nak isap.

If korang ada sedara mara yg dah ada baby, barang2 yg boleh pinjam ni baik pinjam aje. Takpun beli second hand. Mmgla first baby kita excited. Pastu siap pk lg, ala nnt next next baby blh pakai lagi. Tp percaya la, next next baby korang dh pro. Ntah ntah korang tak perlukan dah barang tu. Sementara nak tunggu next next baby, besen tu pun dah reput. Tak pun kelambu dah lobang makan dek lipas. Getah breast pump pun dah rapuh. Tak perlu membazir pada yg tak penting. Duit tu baik korang allocate utk insurans baby ke, injection2 baby ke, pampers ke (as newborn baby byk aktiviti saham mereka). Berbelanja dgn bijak ye. 

Tadi Yan baru completed kan beg hospital. Nnt Yan update next entry ye. Nk amik gambo td takut kena sakat dgn hubby. Tu pengkritik unggul tu. Hihi. Jgn lupa titipkan doa semoga Yan dipermudahkan bersalin ye. Ameen.

Sunday 25 May 2014

List barang keperluan baby ke hospital.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ  

Tajuk gaya macam dah bersalin habis pantang je kan. Hakikatnya masih ada baki 20++ hari lagi sebelum jumpa our #littleM ni. Sabtu lps Yan ada appointment utk check up. So, masa tu tanya la midwife tu apa keperluan yg diperlukan utk bawa. Malam ni baru berkesempatan mengemas. Hubby tgh layan Piala Thomas. Yan xlarat nak tgk aih. Deborrr mcm blh terberanak rasanya. Hihi.

Ini Yan listkan barang keperluan baby buat mereka yang bersalin hospital swasta. Ini apa yang Yan pack dlm beg baby. Mmg tak byk pun yg kita perlukan. Hanya pakaian utk balik je yg diperlukan. Iyela, kita dah byr mahalkan. Jadi mrk pun akan cuba la buat setiap sen kita tu berbaloi2. Hihi.

List Keperluan Baby ke Hospital
1. Baju lengan pendek. (As baby akan dibedung, then nk berselimut, pastu berada dlm dkpn ibu/nenda masa nak blk nnt. Jadi xyhla lgn pjg. Panas kot M'sia skrg ni)

2. Seluar panjang. (Yg ini pjg sbb set dgn baju td tu mmg dtg seluar pjg. So bwk jela. Ibu kata newborn biasa pakai baju je tnpa seluar. Nthla, tggu lahir nnt Yan bgtw keluar hospital littleM pakai seluar ke x ye)

3. Booties and mitten. (Mmg sepasang jelakan. Bnd ni comel sgt. Tak sabar nk tgk baby pakai. Bila pakai baru nmpk keBABYian dia kan??)

4. Topi. (Ini mcm penting ye. As kita tak nak anak tu kena angin sejuk2 kan. Elokla ditutup kepalanya. Tp kalau yg bwk blanket siap hoodie tu, takyah dh topi ni)

5. Bib. (Mama dia mmg gedik over. Pdhl utk apa la sgt bib ni kan. Sbb dia sepasang dgn baju seluar topi tadi, tu yg gedik bwk jgk. Confirm tak pakai punya. Baby BF mana la nk meleleh sgt kn??ke meleleh??)

6. Lampin/bedung. (Nenda littleM mmg galakkan bedung. Ini supaya baby tidur lebih lena dan kurang terkejut. Yan mmg xd beli sehelai pun bedung. Lg2 bedung modern yg Yan rasa mahal dan buat baby mcm kepompong tu. Rasa membazir. Lps dah tak bedung, apa nk buat dgn bedung tu? Atleast klu lampin blh kita pakai buat lap2 baby nnt kan. Ini option. Ikut ibu2 nk pakai mana ye)

7. Pampers. (Yan bwk 2pcs je. Haha. Spjg kat hospital, mmg dorg akan pakaikan dorg punya pampers. Nak blk tu pun dorg just minta kita pakaian baby je. Yg lain sume dorg sediakan. Kita dpt baby dah hensem like daddy dah. Yan bwk pun standby je)

8. Tuala muka. (Ini buat lap2 muka baby. Kot la ramai pelawat dtg sblm kami check out tu dok gomol2 dia yg wangi comel dan lembut tu, siap tglkan kesan lincu lincu, blhla mama lap dia. Haha)

9. Selimut. (Hospital kan sejuk. Sblm baby pakai, mungkin Abi dia pakai dulu masa tunggu mama kot. Selimut pilihan Abi, lembut sgt)

10. Botol susu. (Eh! Nape nak bwk botol susu plak kan? Sbbnya, in case susu kita belum byk, kena la bg susu formula kan. Ank kita lelaki kuat menyusu kata org. Kalu tak susu pun, buh la air masak. Standby jela botol susu tu. Beli mahal2 takkan taknak guna pulak kan)

Itu jela barang yang diperlukan utk baby bg yg bersalin hospital swasta. Masukkan siap2 dlm "daddy bag" ye. Kena asing siap2, sbb nnt bila midwife minta sng Hubby nak cari dan bagi pd mrk. Kalu ikutkan pendek je listnya. Sepasang baju baby head to toe, lampin/bedung, tuala muka, selimut dan botol susu je. Kan sikit tu. 

Ohye. Yan standby Set Tilam kekabu dlm kereta. Nak keluar hospital nnt baru minta Hubby amikkan bantal dlm set tu utk baby. Sesiapa nak set tilam kekabu ni blh cr kat FB or IG "pillowlilo". Biras Yan jual set ni, harga antara yg murah dlm market. Expo baby pun belum tentu dpt harga mcm dia. Tu jela yg dpt Yan kongsi. Nnt Yan share keperluan ibu ke hospital pulak ye. 😘

Saturday 24 May 2014

Bila...

Sila baca dan jgn meluat. Haha

Pagi tadi checkUp. Baby progress sgt baik. Hopefully akan baik2 hingga saat kelahiran #littleM nnt. Appointment pukul 9.50. Selesai 10mins b4 11. Okla tu kan. 

Lps tu kami tgk wyg. Ini seksa skit. Bygkn X-Men pny waktu tygn tu 2j15m. Cramp perut. Baby tak selesa sbb mama ddk lama. Asik kicking and moving je. Azab btul. 

Then trus pg GM kena amik turn jaga kedai smpi ttp. Smlm stok baru masuk. Melambak stok takyah ckp la kan. Sepah kedai jgn cerita. Mak buyong ni sibuk mengemas kedai. Susun stok. Layan customer. Argh. Penat.

Balik lps ttp kedai, pg umh ibu amik anak2 bulus pulak. Baru tgl kat umh ibu krg 24jam, dorang dh mula sakit mata. Hadooi. Tak rasi lnsg. Mengangkut la budak demok dua ekor ni ke rumah blk. 

Sampai umh, kelam kabut kemas umh sbb abg hubby nk dtg tdo umh ank brnk. Siapkan bilik tetamu/baju. Kami jemur baju dlm rmh. Lbih tepat lagi dlm bilik. Sbb ada katil palang2. Senang nk sidai. Dah kering, angkat campak ats ktil trus. Siap bilik, hubby tgh vakum rmh. Hbis vakum, dia bersihkan dapur siap mop semua sbb ank2 bulus seminggu ni ddk dlm je. Yan sapu sampah ruang tamu. Then basuh pinggan n bersih sinki. Hubby mop dpn. Sekali dpt msj kata, abg dia xjd dtg. Tak marah. Cuma dah penat siapkn semua dgn keadaan sarat ni, jadi moody la kita kan. Terus mls nk lyn hubby dh. Haha.

Lps isyak keluar g mkn. Blk lyn ABPBH. Hubby yg beria tgk. Yan lyn sket2. Habis je yan trus msuk bilil nk landing. Bdn dh sakit2. Tiba2 hubby msuk blik.....

Syg: aik, kata td nk tgk bola?
B: bola lmbt lg. 2.45. Klu jge tgk, klu tdo.......rasa mcm nk dmm la. Cbe rasa bdn pns.
Syg: eh pns bdn ni. Cmfm dmm la ni. Nk mkn ubt x?
B: kne mkn ubtla. Klu tak esk msti truk. Hidung dh xfansyen ni. Mana ubt eh?
Syg: (smbil lyn IG, tuding jari kt meja sblh ktil) tu ada dlm plastik tu.
B: (jln amik plastik belek ubt) ubt apa yg ada ni? 
Syg: (leka lyn IG)
B: xyh mkn la. Xtw nk mkn yg mana

Terus tersedar. Ltk hp ke tepi. Capai plastik ubt kt tgn dia, keluarkn ubt yg nk kne mkn. Ltk kt tgn dia, bg air. Barula dia mkn. Manja tak laki mak? Sanggup dia xjd mkn sbb mls nk keluarkn ubt tu. Nak ada atas tapak tangan, baru nak mkn. 

Hbis mkn ubt keluar blk tgk tv. Tak lama mana pun. Masuk bilik blk, nk tdo. Katanya mata berat sgt. Slhkn kita bg ubt tdo kt dia. Hihi. Baring, sentuh sket isteri terus lelap. Nk tdo, jnji kena sket pgg isteri baru nl tdo.


Mkin nk jd ayh, mnje kemain lagi. Mcm nk g mkn td, kita dh siap tp dia tgk tv. Bila kita kata jom, dia tny mne baju dia. Npe xsedia baju dia. Walhal sblm ni pndi cr sndri. Nsib baik ringan tulang bntu isteri yg dh sarat ni. Yg penting, dia la yg slalu bjaga mlm bila isteri merengek. Jd selagi mampu, lynkn jela permintaan dia. Itu satu2nya suami kita kan. Syg dia.

Wednesday 21 May 2014

Kehadiran anak bulus baru.


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ  

Dah lama jgk nak post pasal anak bulus baru ni. Tapi asal bukak blog je, baca last entry sendiri, harus melalak. Pastu mula cari hubby teresak. 

B: kenapa ni? Perut sakit ke?
Syg: rindu kotam :'(

Voleyh???

Lps insiden tu, ibu ada blk kg. ank kwn dia kahwin. Blk sini, ibu bwk sekor ank bulu. So tiny. Tapi boolat. My sis bg nama theodore. (Omg! Klu tgk ig yan skrg pnuh gmbr demok ni je). Sbb theo masih kecil dan tak blh mkn, kena la suap susu pki botol dan kdg2 tumpang susu Boi. Tp boi pun tak byk susu dah. So kdg2 jela dpt minum. Itu pn lps hby pstikn Boi dh kyg, relaxed sket bru ltk theo. Kalu tak, sia2 kne tampar. Hoho

So, meet ibu new ank bulus. (Ini ank bulus ibu, yan tlg jaga je. Tp dia mnje dgn yan)

:: dia mmg suka tidur atas orang ye::
:: masa baru blk klinik kne injek sbb cacing, terkulai je ::
:: sleep like a king::
:: masa kita solat, dia main dkt sejadah. Habis je solat, terus minta belai ::

P/s: ada sambungan nnt. 





Sibukkan diri.


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ  

Sebab rasa diri belum cukup sibuk, jadi Yan telah menceburi bidang baru. Jadi agen utk produk Joy Babydoll Cosmetics by Datin Joy Revfa. Siapa yang cari barang makeup, alatan makeup, produk kecantikan, boleh la follow IG: yan_dayana utk browse katalog. 

Ya ampun. Kalau tak kuaddd iman, mau robek poket shopping. Barang yang tentunya original ye. Dan empunya badan pun pakai dan beri jaminan ketahanan dan keberkesanannya. So nak ragu apa lagi kan. Kita org perempuan ni, kat rumah pun kena sentiasa tampil cantik dan wangi. Barang yang Yan jual ni, pasti akan menambat hati suami balik la. Akak berani cium Theodore kalu dah pakai produk ni, suami uols takkan cari perempuan lain. Hikhik.

Sebarang pertanyaan boleh whatsapp Yan di talian 0137028314

Yang masih merindui Kotam,
Yan

Tuesday 6 May 2014

Perginya dia yang kami syg.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ  

Sebenarnya pagi tadi lepas hntr suami kerja, yan sibuk dkt meja kerja. Setelkan gaji pekerja, kira sales, buat list barang. Siap semua, rasa penat sgt. Yan mmg xbape sihat skg ni. Demam, selseme, batuk, sakit mata. Malam tadi susah tidur, sbb mata berair je. Baby plak tulang dh panjang2. Aktif je bergerak. Nasib baik ada suami tempat bersandar manja. Habis siap kerja, yan masuk bilik nak tidur skjp. 

Tak lama yan lelap, dgr bunyi org ketuk pintu. Rupanya ibu dtg nak tgk Theodore (anak kucing yang baru ibu adopt). Sembang2 dgn ibu, tiba2 yan rasa lapar plak. Ibu dah nk gerak ke kedai. Hari ni ibu ada undi tapak raya. Yan kemas rumah sikit, siap2, nak keluar pg kedai beli mknn. Dh rasa lapar sgt dh.

Mungkin kerana terlalu lapar, semua benda lupa. Yan lupa anak2 bulus suka main bawah kereta. Smlm ada dua kereta. Jadi bila yan start "baby orange" semua anak bulus akan lari masuk bawah "kereta kebal". Sblm keluar tadi yan perasan bbrp ank bulus ada dkt dpur. So, start enjin dah pikir lauk apa nak beli. 

Bila reverse tgk dpn keta ada bwk anak bulus. Hati dah tak sedap. Tiba2 nampak "kotam". It was our kesayangan. Dia tgh mengelupur. Yan makin takut. Dada dah laju. Terus benti keta, pg tgk dkt. Nmpk darah. Rasa lemah sgt bdn. Lari masuk rumah. Capai kain. Balut "kotam". Masukkan dalam bilik. Tutup pintu. Yan dpt rasa panas darah mengalir. 

||mula teman lipat baju, akhirnya lena sblh peha||

Allah. Apa yg aku dah buat ni. Apa patut aku buat skrg. Keta tak mati enjin lagi. Terus call hubby. Call byk kali. Tak angkat. Cuba lagi dan lagi. Sampai hubby angkat. Dpt ckp je terus meraung. Meraung mcm org sawan. Minta hubby blk a.s.a.p. Hubby siap ckp "dah nk mati nak buat mcm mana. Dorg tu bodoh main bwh keta sape suruh. Kalu semua mati pun takpe". Yan tau, dia nak sdpkn hati isteri dia. Dia xnk yan sedih sgt sbb keadaan yan skrg ni. Sbb tu dia ckp mcm tu. Hakikatnya yan tau, dia pn akam terasa kehilangan Kotam. 

Then call ibu, meraung lagi. Ibu dah risau dah. Yan dh la mmg xsihat. Dgn prgnt lagi. Ibu suh sabar. Call jiran dpn minta tgkkn yan. Jiran tlg tenangkn yan. Yan masuk blik tgu hubby blk. Rmh pun jiran yan tlg ttp kn. yan dh lemah atas katil. Tgu hubby blk, which sgt laju yan rasa dia bwk sbb tak lama pun sbnrny dia dh smpi. Tp siksa menunggu tu mcm berjam nak smpi. 

||kita tgk tv, dia dtg parking sblh nak tidur||

Hubby smpi terus peluk meraung lagi. Dia tenangkan yan. Baringkan kat bilik. Baby tiba aktif. Terasa denyutan kiat semacam. Yan bisik kat baby dlm perut minta maaf sbb xsempat nk knlkn dia dgn Kotam. Sementara tu hubby sibuk uruskan semua. Bungkus "kotam". Masukkan dlm plastik. Cuci darah. Alihkan kereta. Pastu baru dia dtg teman yan kat bilik. Dia ckp, jgn pk sgt. Yan kena jaga diri dan baby sbb sebulan je lg baby nak keluar dah. Lps ni hubby suh yan jaga baby je. Sepanjang masa yan menangis je. Masa Hubby masuk bilik tgk Kotam, hubby ckp "dah masa kau mati tinggalkan kami rupanya". Sampai saat ni, masih nangis lagi. Terasa sgt kehilangan "kotam".

Kalu sape follow yan dkt IG msti kenal "kotam" dan jemu tgk yan update psl dia. Dlm 6ekor anak bulus yang kami ada, dia je yg bijak. Pandai dtg bila kami panggil. Paling manja. Selalu nak mengendeng dkt kita. Dia je yg berani naik ats katil baring dgn yan n hubby. Mmg kesayanga kami. Sbb tu bila dia yang kena tadi, yan mcm org sawan. Hakikatnya sampai skrg pun rasa sedih teramat sgt. Rasa bersalah.

Dua tiga hari lps, mata Kotam skt. Hubby mandikan Kotam. Yan lap bdn dia. Bersihkan bulu dia. Bersih telinga dan hidung. Manja sgt dia. Diam je bila kita bersihkan. Mata dia pun dah makin sihat yan tgk smlm. Smlm, dia main dgn yan. Landing tgk tv sama2. Lps hubby magrib, dia dtg main dlm bilik atas katil dgn kami. Yan siap ckp yg dia kacau daun lg kami nk mnja2. Hihi. Lama dah dia xmcm tu. Pagi tadi dia smpt manja2 dgn hubby. Lompat naik seluar hubby sblm pg keja. Siapa sangka itu semua petanda. Petanda dia nak pergi selamanya. Petanda yang yan akan langgar dia.

||tetap nak melekat walau kat mana sekalipun||


Ya Allah, Kau ampuni dosaku. Tempatkan Kotam ditempat yang lebih baik. Maafkan aku syg. Kalu blh ubah masa, dah tentu kau masih bermain dipeha saat ini. Anak bulus yang paling manja. Anak bulus kesygn. Moga kita akan berjumpa lagi Kotam. Tetap dalam ingatan. Nnt #littleM lahir, kami akan tunjuk gambar Kotam pada dia. Doakan Kotam ye semua. Doakan yan jgk. 😖😢

Sunday 27 April 2014

Baby is now 8months old.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ  

Ini merupakan minggu ke 32. Genap 8bulan la usia baby ye. So this entry Yan nak dedicate to my little one.

Dear littleM,

Mama rasa happy sgt dgn kehadiran awak. Sejak awak dlm perut mama, macam-macam kemanisan yang awak bawak. Rezeki awak murah sangat. 

Sblm mama kandungkan awak, Abi tak dpt kerja lagi. Kontrak Abi expired. Abi amik cuti sebulan then menganggur sebulan. Tak lama lps kami balik honeymoon, Abi dpt interview. Company kecik je. Office pun dlm treler. Tapi tak berjaya. Mungkin sbb Abi ltk gaji tinggi sgt demi utk menampung kehidupan bekeluarga.

Bila Abi tak kerja, Abi selalu teman mama pergi kedai. Sentiasa berdua dgn mama. Tapi perangai mama pun makin pelik. Ada je tak kena dgn Abi awk. Bygkan malam2 mama ajak Abi awk wrestling. Sampai lebam2 kami, berhenti bila mama dah sakit pastu mama nangis. Pastu Abi akan pujuk tidurkan mama. Bila kami igt blk, baru kami tahu semua tu sbb pembawakan awak. Hihi

Minggu seterusnya, ada lagi panggilan interview utk Abi. Kali ni Abi kena panggil dua kali utk di interview. Mama doa Abi berjaya dpt kerja sbb perangai mama yang makin pelik asik nk cari pasal je dgn Abi. Kali kedua pergi, Abi blk dgn berita gembira. Dia dpt kerja tu. Alhamdulillah. Syukur sgt. Tapi kami tak tahu lagi psl kehadiran awk dlm perut mama. 

Kami decide nak blk kg Abi tgk nnk kat Melaka dan melawat cousin awk, Abg Adam skali kat Muar sblm Abi mula kerja. Kami balik bertiga dgn PakMok. Adik bongsu Abi. Nnt awk akan panggil dia PakMok jgk. Hihi. Masa ni Abi dah syak yang mama pregnant. Tapi mama kata, belum lagi time mama period. Mama makin pelik. Makin kerap bangun malam nak shishi. Sensitif. Cepat marah. Cepat terasa. Cepat sedih. Yang lambat berjalan je. 

Sblm kami pegi melawat cousin awk kat Muar, kami singgah Jusco utk beli alat ujian kehamilan. Beli yang murah2 je. Sbb mama mmg rasa belum masa mama period. Abi je yang over mgkin sbb tak tahan mama berperangai pelik. Kami decide esok subuhnya sblm blk klang baru test. 

Pkul 5 pagi mama terjaga sbb tak tahan nak shishi. *ting* teringat test kit yang beli smlm. Capai dan mama terus pg toilet nak shishi. Masa nak tunggu keputusan tu, cuak jgk mama. Siap pejam2 mata feeling sorang2 dlm tandas. 

Keputusan tu mmg memgujakan. Cepat2 mama lari masuk bilik goncang bdn Abi suh bangun. Abi dgn blur bangun dr tidur. Dia cuba nk tgk apa yg mama tnjuk. Masih blur. Mama pasang lampu. Lama Abi tenung benda tu. Pastu bila dah nampak jelas, Abi senyum terus cium peluk mama. And as you will know him, dia akan kata "kan B dah cakap". Hihi. Gembira sgt subuh tu. Abi tak abes dgn senyum dia. 

Lps tahu yg awk ada dlm perut mama, baru semua yg jadi make sense. Rezeki Abi dpt kerja. Perangai pelik mama. Dan semua yg terjadi lps tu makin membahagiakan. Sekarang kami tak sabar nak jumpa awak. Doktor kata berat awak skrg 1.7kg. Mama hrp awk selesa dlm perut mama. 

Kami sayang kat awak wlpn kita belum pernah jumpa lagi saat ni. Setiap kali Abi terjaga dr tidur, dia msti cari perut mama utk usap awk pastikan kita selesa tidur. Wlpn kadang2 tanpa sedar Abi lasak sampai buat kita terkejut, tp Abi la yang paling menjaga kita. Semoga awak keluar nnt sihat sejahtera dan akan lebih membahagiakan kami.

Mama.

Mother Baby Kids Expo


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ  

Lamanya menyepi. Banyak sgt yang tertangguh. Nak cerita semua mmg tak sempat. Plus, this m2b mmg busy hectic sgt. Since balik Sabah, then babymoon trip to Cameron Highland, FIL birthday celebration and so many thing happens. So lets us put current event happen update first la kan.

Refer TITLE.

Ya Allah. Mana ibu or bakal ibu yang ada anak kecil or bakal ada anak kecil tak sawan dgn benda ni. Hoi! Kalau Aku Kaya, Aku beli Expo ni termasuk dgn security guard sekali. Haha. Itu cerita si KALAU.

Expo ni banner mmg bersepah tepi jalan. So, mmg Yan dgn hubby dh plan lama akan pergi sini. Our 2nd expo yang merobek poket wlpn belum gaji. Haha. 
P/s: baca dgn nada sedih sbb mmg belom gaji dan hjg bulan. 
Sedih tapi tak kecewa. At least kami hanya berhabis utk benda yang perlu dan penting shj. Takdela membazir yg tak penting.

Kami pergi Jumaat 25/4/2014. Gigih ni. Kebetulan Hubby cuti sbb ada interview then ada futsal kat Shah Alam. So, seiring sejalan la kan. Sblm futsal, singgah survey dulu apa yang nak beli so that accountant merangkap isteri sepenuh masa ni blh plan list barang nk cari and budget. Ada masa lbih krg sejam je sblm Hubby kena grk utk futsal. Rambang mata. Yan dah nmpk bling bling barang yang mmg dah aimed sblm dtg. Harga pulak murah berbanding online. Mmg olsem. Sebab brg baby, Hubby mmg xbg beli online. Dia nak rasa tgk brg tu baru blh beli. If not, mimpi la nak dpt. 

Part xbest hari jumaat ni bila kena stop dgn agen insurans. Yan mmg Pro insurans. Sbb ibu Yan mmg awl2 dah amikkan utk semua adik beradik insurans. So mmg xle la suka2 nak menipu. Mmg skim plan benefit semua bagus. Satu je yg Yan xsuka nak beli insurans dkt expo ni sbb kita tak kenal agen kita tu. Ini pendapat Yan la. Biar kita amik insurans dgn org yg kita kenal. Sbb kalu jadi apa2 sng kita rujuk dgn dorg ni. Kalu agen tu tak kenal, dan dia pulak mmg jenis ikut expo, ramai org amik insurans dgn dia, ko igt dia nak kesahkan ko lagi bila ko dah sign tu? Dia suh je kita call hotline nnt. Lepas tgn mcm tu je. Hari ni Yan byk buang masa kat booth insurans je. Pastu Hubby dah kelam kabut nak g futsal. Pasrah.

Kami kembali semula hari Ahad 27/4/2014 utk hunting barang for #littleM dan kali ni kami mmg tak lalu dpn booth insurans tu lagi. Serius mmg plan baik punya. Haha. Benda pertama Yan beli ialah Cloth Diaper (CD). As I am going to be with my little one all the time InshaAllah. So apa salahnya pakai CD je kan. Jimat duit Abi dia. Mama pun rajin sket sbb jadi terpaksa urus CD ni. Hihi. Lagipun ddk rmh. I have plenty of time for my little one la. Bukan susah pun.

Then pusing pusing nak cari barut. Tapi bila smpi kedai barut, blurrr. Nak beli berapa ni? Nk ikat ke nak zapzap? Yan pndg Hubby, dia dah angkat bahu. So we decide jln dlu. Dan ini adlh brg terakhir kami beli. Beli jenis tali sbb blh adjust klu badan baby kecik. Beli 5pasang je dlu for RM30. Kain Cotton.

Pusing lagi, Hubby ckp beli pampers dulu. Sbb itu aimed dia hari Jumaat tu. Huggies. 1pack for newborn. 2pack size S ultra soft. 1pack size M yg pants punya. Free wet tissue and recycle bag. Damage for all of this RM125. Then mama sempat grab Kotex overflow 3pack for RM18 skali. Sbb nnt kecian Hubby blurr nk mencarinya kemudian. Bila dah nmpk baik beli je.

Sebab ramai sgt org suruh beli baju lubang2 utk baby, kami cari la bajunya. Dapat la dua pasang lubang2. Then beli singlet sepasang. Murah je RM15/spsg. Pastu cari mitten and booties 2set. Rompers 2 helai. Yg ini setiapnya RM5 je. Dahla murah comel gilos pulak tu. Ada sesal sket sbb xamik design camo. *sobsob* lap air mata guna hjg tudung. 

Pastu kitorg pg Disney booth. Sbb masa masuk tu ada perasan nappy liner yg blh guna utk CD tu. So tu la aimed ny. Bila dah masuk lain plak beli nya. Siap beli tuala 2helai, nappy liner sekotak, baju sepasang, cotton bud baby, bekas bedak dgn napkin lagi utk guna as bedung kata nanny. Haha. Hubby geleng kepala je. Dia plak hmpir tergoda dgn play cot. Nasib baik mama yg decide on baby items. Haha.

Last sblm ktorg smpi ke pintu exit, Hubby beli tikar getah hok pakai masa nak salin lampin baby tu. Itu benda akhir. Terus kami keluar sbb masing kelaparan. Expo mmg blh buat parents sawan la. Haiyo. Tapi bagi Yan mmg berbaloi la. Sbb kalu kita nak beli dkt mall or even GM klang tu pun still mahal lagi. Lucky us sbb expo semua dkt2 je and setakat ni, jln pun ok, parking pun sng. Hubby takdela merungut. We're happy. Sampai sini je pengalaman expo poket rabak kami. Next expo on May. Harap sempat dan larat la pegi sblm baby lahir.

P/s: Sebenarnya sblm pg expo on Sunday tu, kami ada check up. And Yan kena 2nd injection utk kancing gg. Tapi smpi expo jln laju je menonong. Bila blk, baru rasa tgn sakit, kaki sakit. Hubby geleng kepala je tgk isteri dia. Hahahahha







Sunday 16 March 2014

kisah hero pertama saya


ini kisah saya.
anda mungkin tak berminat nak baca.
tapi saya ttp nak cerita supaya bila little M pandai membaca nnt, dia akan jadi seperti hero saya.

saya sayang dia.
bayangkan setiap hari hantar dia pergi kerja, 
tanpa jemu tengok dia hilang dari pandangan.
setiap petang dengar bunyi kenderaan dpn rumah,
berlari nak bukak kan pintu.
bayangkan setiap kali cerita pasal sayang nya saya pada dia,
setiap kali itu bergenang airmata.
dia cintahati saya sejak 8tahun lalu.
tanpa ragu, dia tetap saya kasih.

wahai anakku,
papa kamu adalah yang terbaik kita ada.
papa yang paling banyak menyakat.
papa yang walaupun kasar (mungkin sbb takde adik beradik perempuan),
tetap lembut dan sabar melawan ratu hati nya.
papa yang berdiam diri bila marah,
sbnrnya seorang yang suka bercerita dan pendengar mama yang setia.
papa yang nampak tidak peduli pada rupanya,
dia jugak yang cuba memuaskan semua kehendak isterinya.

pemanah hati mama


rutin harian suami.

bangun pagi. mandi. solat. uruskan kucing termasuk buang najis, beri makan, sediakan air, bersihkan kawasan kucing. bersiap ke pejabat slps dgn berbekal vitagen sejak akhir2 ini.

pulang petang. tukar baju. uruskan kucing, rehat menanti isteri hidang makan dan minum petang. menonton tv sambil bermain dgn kucing.

mandi dan solat magrib. menonton berita. layan kucing. vakum rumah kalau perlu sambil teman isteri gosok baju. kalau perlu basuh baju. lepas siap, sidai (ini mmg bukan lagi kerja isteri sejak ada mesin basuh. suami sukarela nak buat). dinner. rehat. tidur.

rutin hujung minggu suami.

bangun pagi. mandi. solat. uruskan kucing termasuk buang najis, beri makan, sediakan air, bersihkan kawasan kucing. tgk tv. tunggu isteri siapkan breakfast. lps mkn tlg isteri kemas pinggan kotor. vakum. mop. teman isteri buat apa sahaja yang isteri nak.

banyak yang papa bantu mama. bila pikir balik, isteri ini mmg dimanjakan. kadang-kadang tempat tidur pun suami siapkan sementara tunggu isteri mandi. itu belum lagi mama merengek tgh mlm xblh tidur, nak pg tandas, kaki cramp dll. apa yang mama buat spjg hamilkan little M cuma jaga makan minum papa shj. papa pun tak cerewet. kalau nmpk mama penat, papa ajak makan luar. tapi papa suka mama masak. banyak papa makan kalau mama masak. anak mama bila besar, ikut macam papa ye. papa ada 3 perempuan shj dlm hidup dia. papa ada mama, nenek melaka dgn nanny. tak perlu perempuan yg bukan2.





Saturday 8 March 2014

check-up: baby progress


Lokasi: Hospital Bersalin Razif
Tarikh: 2march2014
Time:12p.m.

Sampai je terus bg kad check up. Pergi toilet utk urine test. Dahla tak rasa nak kencing. Bila mula kencing tu, lupa tadah plak. Nasib dpt sket. Fuhh. Kalu tak nak tunggu skali lagi mmg payah la nmpknya. Lps amik urine, tunggu nama kena panggil.

Tak lama lps tu, midwife panggil nama utk cek berat, tekanan darah, tanya itu ini sikit2 pastu suruh tunggu doc pgl plak. Ddk tunggu. Agk lama. Tapi sabar je. Tiba2 rasa sakit perut memulas-mulas. Nak pg tandas karang doc pgl plak. Xpela tunggu jela. Hby was "hah, tu takut nak jumpa doc letuw". I was like "hikhik". Sbb lama sgt tgu, minta hby belikn milo kat mesin. Baru seteguk minum tiba2, "puan Dayana, puan Dayana..." Tak jadi nak minum. Bg hby suh pgg, then sama2 masuk bilik doc.

Check Up Result 

Dr: puan, ini keputusan ujian darah puan buat past month. Darah O positive ye. Mmg pemurah ye sbb blh derma pada semua orang. Tp skrg xblh la, lps bsalin nnt in Sha Allah (hakikatnya diri sendiri yang susah cari darah yg sama)

Angguk senyum.

Dr: hiv xd, thalasemia pun xd. Good. Cuma....... Hb puan rendah sgt. Only 9.6. Sepatutnya kena 11 above ye puan. Ini mmg xelok. (Blur, terus pk mcm2). Jadi puan stop obimin dlu, sy tkr ubat lain. Kena mkn jgn pernah skip ye. Nnt kita akan cek darah lagi.

Masuk bilik scan. Baring. Sapu gel. Mula scan.

Dr: baby sihat ye puan. Blh nmpk semuanya. Ini jantung. (Sambil buka vol. kuat sgt bunyi jtg baby, rasa nak menangis pun ada. Tgk hby plak macam teruja sgt2 dpt dgr)

Dr: ok yang ini kaki dia. Itu lutut, so this one peha dia la. Xblh nak tgk jantina dia sbb dia kepit plak kaki dia. 

Dr: baby xbergerak ye nmpkny. Dia tgh tdo ni. Puan blh nmpk tu tangan dia sblh atas kepala, mmg tgh bersantai dlm perut.

Hubby: eh dia xnk gerak ke?

Dr: baby pun ada masa tidur jgk. Max time dia akan tidur 1jam stgh. (Aik, kjp je dia tdo rupanya. Apalah yang dia buat kalu tak tidur dlm perut mama ye?)

Dr: puan blh tgk itu jari dia. Nmpk kn? Semua cukup bgerak-gerak (alahai anak, nape comel sgt ni? Mama tak sabar nk geget) ini plak kepala dia. Nmpk otak dia, ini tempurung kepala, nmpk kn ada soket mata dia, hidung mulut. So far baby ok sihat. (Relief and puas hati)

Last time yan pergi, i can't recall the doc name sbb mls nk kesah sgt. Dia scan sgt laju and tak explained apa pun kat ktorg. Masa tu dh pk nk tukar hospital dh. But this time, wlpn tunggu lama sampai pelik nape org yg lmbt smpi dh kena pgl, kami belom dipanggil. Tapi puas hati dgn segala explaination dari Dr.Yuslinda. Hby pun puas hati sgt. Rasa berbaloi every cents kita bayar. so next appointment, nak request Dr.Yuslinda jgk la. Seronok dpt dgr progress baby. harap baby sihat, sebab mama makin "sihat" ni.

p/s: ini entri tertangguh. busy dgn kedai skrg sampai takde masa. balik je dah penat. ini pun curi masa sbb hby xd pegi main futsal. klu hby ad, ssh sket nk menaip. ada je org nk menyakat. hihi. till next entry. daa




Thursday 27 February 2014

Segmen : Pencarian Bloglist Bulan March

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


Setelah sekian lama tidak buat segmen ni , hari ni tercetus pulak idea simple nak buat segmen untuk cari bloglist baru . Kalau dulu tira buat segmen jom bersahabat . Kali ni tira nak kekalkan niat nak mencari bloglist  bagi setiap bulan . 
Dan segmen untuk kali ni adalah untuk bloglist bagi bulan hadapan , bulan March ! Jom lah join . Just buat entry je okeyyy . Entry pn dah siap . Just tinggal copy dan paste ! Ini semua idea bernas kkak Mia lahh . hehe . Senang dan Simple kan ?.
1. Buat entry bertajuk ' Segmen : Pencarian Bloglist Bulan March'
2. Copy coding entry dan paste .
3. Submit dibahagian komen okeyy .
Segmen ini akan berlangsung sehingga akhir bulan February . Dan bloglist akan diterbitkan awal bulan March . Join Dulu okeyy .




Segmen : Pencarian Bloglist Bulan March


Segmen : Pencarian Bloglist Bulan March


ini segmen paling mudah.
tanpa perlu like page sponsor.
tanpa ada arahan back link.
just follow and buat entry tempek gambar.
so, meh join reramai.
menambah kenalan.









Giveaway T.shirt by Tengkubutang


.sape nak t-shirt, meh join.
.m2b ni asik join GA je.
.harap tak jemu plak ye bila scroll page saya ni.


.anyway, nak buat advance birthday shoutout utk awek ni.

.Selamat Hari Jadi.
.Semoga pertambahan usia ini akan lebih mematangkan kita.



p/s: hari jadi dia, tapi dia plak yg bagi org hadiah. murah rezeki.


Giveaway T.shirt by Tengkubutang









resepi cikYAN: Tom Yam Keboom


selalu makan kat kedai, order tomyam rasa mabeles giler.
sampai air hidung melelehkan?
apa rahsia kedai-kedai tomyam ni?
meh nak share sket.
bahan rahsianya ialah
.
.
.
.
.
.
.
sumber: GOOGLE

3 step utk masak. sap sap. siap.

1. Tumis. Bawang bombay, bawang merah, bawang putih (ketuk), serai (ketuk), daun limau purut, cili padi ikut tahap kepedasan korang dan secukupnya Thai Chili Paste. Sampai wangi dapur hingga ke pintu depan ye.

2. Masukkan air secukupnya, perahan air limau nipis, serbuk cukup rasa, garam dan ayam. Kacau sebati, biarkan mereneh.

3. Bila ayam dah masak, blh masukkan sayur spt kobis bunga, brokoli, carrot, cendawan dan tomato. Ikutla apa yang ada dlm peti ais tu. DONE!

bila banyak sampah, baru macam kat kedai. ye ke idok? hikhik



kan senang tu. xpyh nak beli-beli lagi. masak banyak, boleh makan banyak kali. tambah nasi sampai kerak periuk nasi. suami pun cepat boroi. tak suka ayam, nak seafood, campak segala hidupan laut dlm tu. tak suka sayur, tglkan je step last tu. takde sape nak marah aih. yg penting masak ikut lidah sendiri. daaaa.






Tuesday 25 February 2014

Review: MakeUp Nikah


awal-awal lagi yan dgn suami dah setuju, kita kena official batal air sembahyang.
maknanya, kami sama-sama kena ada wuduk.
.so nak tak nak kena jugak pakai mak andam.
.bukan pak andam.
.and takde cousin2 bukan muhrim dtg wish congrats cium pipi ye.
.sbb kami nak sgt moment tu bermakna.

.so this is my MUA.
.kak Linda.
.dia dah lama kenal dgn my mum.
.my bestie Elly nikah pun, yan sponsor minta kak linda yang make up kan.
.utk yan, puas hati sgt la.
.bukan nak bangga diri.
.sbb yan mmg xcantik.
.ahmad je yang suka cakap yan cantik.
.tapi bila akak ni make up, ramai gila orang suka.
.nampak flawless and natural.
.kalau tebal, agknya lps cium dahi tu, hby dh lap kn kot muka.
.dia mmg xske yan makeup tebal.
.hihi.
TQ kak linda sbb jadikan kita cantik like pwenses.
.suami sampai terpaku tgk isteri dia.

so, layan gambar.
boleh komen kalu tak setuju.
.
.
.
.
.
.
.
.





.next update will be pasal persalinan nikah.
.untungnya mak ada butik pengantin.
.anak dapat buat baju baru.
.L.O.V.E.



Rutin harian sebagai YanDayana


.rata-rata orang akan tanya kita bila lama tak jumpa : "Eh, buat apa skrg ni?".
.dan tak semua orang tahu apa yang kita buat skrg ni.
.lagi-lagi bg mereka yg tahu pendidikan kita.
.yes!Yan mmg ada MBA.
.jadi apa masalahnya dgn adanya itu?.

.apa yang Yan buat sblm kahwin?.
.apa plak jadi lps hbis MBA dan berkahwin?.

.sebelum kahwin Yan sambung MBA.
.sambil-sambil tu tolong ibu punya bisnes.
.mmg kalu tak pg class, melepak je kat umh.
.or pg tlg ibu apa yg patut dkt kedai.

.selepas kahwin, MBA dah hbis, dah grad pun.
.masih tak cari kerja.
.masa baru kahwin, hby pny kontrak kerja tamat.
.jadi, hby apply cuti sebulan utk hbiskan kontrak.
.kira mcm menganggur bergaji sebulan.
.lps tu sebulan lagi menganggur tanpa gaji.
.ini perkara benar.
.bukan merunggut.
.cuma nak menyatakan yang kami mmg bsyukur sgt sbb tanpa henti rezeki dtg.

.sblm nikah, Yan dpt duit myBrain.
.almost 8K plus bantuan perniagaan on9 1K.
.hby plak masa tu dpt bonus 3bulan dlm 7K jgk la lps tolak income tax semua.
(if tak silap la ye figure nya)
.duit kahwin masa tu dah cukup.
.hantaran plak mmg ktorg taknak.
.rasa membazir je nk gubah-gubah semua tu.
.so dgn duit tu beli katil, hp, emas, lebih simpan.
.guna duit saving tu la hidup masa hby tak kerja tu.
.dan kami sgt bahagia melekat sepanjang masa.
.menikmati honeymoon dua bulan.
(mmg save la duit sbb duduk umh ibu masa ni.hikhik)

.bila hby dah start kerja, dia suka bila blk yan sambut kat pintu.
.pagi yan akan iron baju kerja dia.
.buat air panas.
.teman dia minum, hantar smpi pintu.
.balik pun mcm tu jgk.
.hby dah terbiasa isteri dpn mata bila blk rmh.
.dia pun takde minta yan kerja.
.so, yan hanya terus tolong ibu jela mcm sblmnya.

.skrg dah duduk rumah sendiri.
.setakat hari ni takyah bayar sewa.
(duduk rumah ibu yang satu lagi)
.cuma byr bil elektri je.
.bil air masih percuma sbb ddk berdua setgh (littleM) basuh baju pun seminggu skali.

.pagi pukul 7.30 pagi suami dah pergi kerja.
.kalau perlu kms rumah, yan akan kms rumah.
(yg ini pun jarang sbb dua dewasa yang ddk dpn tv, mlm masuk bilik tidur)
.lps tu yan akan on9 sambil tgk rosalinda.
.kecik-kecik dulu suka sgt tgk cter ni.
.dan kalu perlu atau ada kerja baru yan pegi tgk kedai sampai pkul 4.
.kalu takde urusan luar, yan akan ddk rmh tgu suami blk.
.ptg kalu perlu yan masak.
.tp sejak dah masuk 5 bulan ni hby tak galakkan masak.
.dia blk ptg, tgk drama tv3.
.lps mgrb dia akan bawak pg makan.
.blk makan, tgk tv or main dgn kucing.
.pukul 10mlm dah masuk tidur.

.nampak mcm bosan.
.ada jgk yg kata seronok.
tpi sbnrny pokok pangkal kita sendiri.
.yan kalu ddk rumah pun tak boleh diam.
.ada je benda nak buat.
.nasib la tak boleh mengecat, kalu tak habis rumah ni yan cat.


#skrg ni tgh tgk design-design felt for my baby. nak buat booties la, nak buat nama utk bantal busuk dia la, mcm-mcm. harap-harap berjaya. kalu dah mula google pasal baby smpi esok pun tak habis. hihi.


k,bai.



Monday 24 February 2014

3D 4D Scan


.ini merupakan satu dilema seorang bakal ibu yang tamak.
.atau over excited.
.or dlm istilah para suami, over thinking.

.hormon seorang ibu, hanya ibu yang tahu.
.baby bergerak dalam perut.
.ketidakselesaan baby dalam perut.
.denyut jantung baby.
.semua ibu yang rasa dulu.

.bila ayah dapat rasa?.
.bila ibu minta ayah letak tangan diperut.
.itu pun kalau baby nak bergerak lagi.
.atau baby suka rasa ada orang belai.
.peratusan yang sangat kecil utk ayah rasa pergerakan yang ibu rasa.
.dan baby akan lebih tindak balas bila dgr suara ibu.
.ayah jgn kecil hati ye.

.so skrg dah masuk 23minggu5hari.
.dah elok timing utk buat full scan.
.tapi masih dlm dilema.

3D 4D scan?
or 

Details scan 2D?
or 

BOTH?

.inilah yang jadi bila ada pilihan.
.confuse mama.
.little M nak ke tunjuk muka dia?.
.nanti papa blk nak bincang dgn papa.
.papa mesti akan tanya little M mlm nnt.
.anak mama mesti hensem mcm papa kn?.
.papa tak sabar nak jumpa little M.
.nak jadikan teman gym kata papa.
.mama tak sabar nak gomol comel mama ni.
.be safe ye dlm tummy mama.
.halfway to go syg.
.we love you more and more.

utk ibu-ibu yang mengandung kat luar sana, yang nak buat 3D 4D Scan blh klik je link tu. nanti semua details akan anda nmpk. pastu boleh la kita sesama dilema nak buat yg mana. hihi. dari review yang yan baca and a research sket pasal dorang ni, mmg recommended la kan. yan baru nk booking, nnt bila dah buat, yan update lagi. bye.







Thursday 20 February 2014

segmen: bloglist istimewa ayuinsyirah tahun 2014



http://www.ayuinsyirah.my/2014/02/segmen-bloglist-istimewa-ayuinsyirah.html



jom join segmen ni.





Lucky Giveaway by Tisya & FD




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”





Klik banner untuk join.



Senarai hadiah :-

Beg laptop & dress by Yumida | Keychain handbag 3D by Batrisyia | Bookark 4Rabia by Iman Zakaria | Tudung by Karimah | Topup RM10 by Arrien | Topup RM10 x 3 by Waney | Printed Shawl by Adriana Azam | Topup RM5 by Darlina | Preloved Novel by FD | Bracelet by Shad | Topup RM5 x 2 by Iza Arina



Lucky Giveaway ditaja oleh Batrisyia, Fatin Diana, Yumida, Iman Zakaria, Karimah, Arrien, Waney, Adriana, Darlina, Shadira, dan Iza Arina.





Tamat 25 Februari 2014, 10 Malam.