Tuesday 24 June 2014

Mood swing.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ  

Sepatutnya sebelum entry ni kena sambung entry lps dlu. Tp tu nnt yan ttp akn publish. Cut it short, pada 16 Jun 2014 bersamaan dgn hari Isnin, yan selamat melahirkan seorang putera utk melengkapkan keluarga kecil kami. Nnt yan akan cerita pengalaman. Entry ni nk luah perasaan ibu dlm pantang.

Masuk hari ni dah 9 hari yan berpantang. Mmg susah utk org muda aktif ke hulu hilir dgn kerja byk mcm yan ni kne kurung dlm umh. Tersiksa jiwa mak, gayah oiii. Hubby plak jenis berkepit. Skrg sume kne buat sorg. Dia dh mula merunggut jgk la nk kita teman. Dia tak tahu kita ni pun separuh nanar duk umh je.

Ddk rmh mmg bosan. Nk tgk tv, yan ddk kt main hall umh ibu berpantang. Which tv kat second hall dgn blik ibu je. So baby dh tdo, mls la nk kalih2 tmpt. Tv out. Keluar rumah mmg xblh. So hp jela pengubat jiwa lara. Rutin sama je setiap hari. Browse IG, baca FB, BW... Ulang blk bnd sama. Mmg jemu sgtla.

Nk jd cerita, mse tgk IG nmpk igShop jual bag ni. Then terdetik dlm hati. Dah lama tak shopping utk diri sendiri. Awl mengandung dlu ada la beli sehelai baju dgn 3helai palazo n sweater pk nk pki g hsptl nnt. Nk dkt bersalin, beli nursing bra dgn loose hipster. Beli tu pun sbb yg sedia ada dh semakin tak muat. Tu ajela beli utk diri. Bygkan la 39minggu bkn skjp. Hubby dh bpe kali shopping beli baju jeans bagai. Mse mengandung blh bersabar lg xbeli pape. Sampai hari jadi sendiri pun tak beli pape utk diri. *tiba-tiba sebak* 

bukan nak merungut, tapi baru sedar. Hubby pun xd beli apa2. Bkn dia xbg duit belanja, tp mmg xd belanja utk diri sndri. Awl mengandung ada minta hubby pregnancy pillow. Kena tentang habis-habisan. Itu yg lps dr tu mls nk minta apa2. Takut kecewa je. 

Tapi hari ni, tgh tgk IG tiba2 teringin beli handbag dgn purse baru. Message hubby tunjuk gmb. Ckp ngn dia nak. Dia ckp beli la. Kan ada duit. Terus sentap. Kalu beli pakai duit sndri, baik xyh tnjk kat dia. Beli je terus. Kecik ati. Terus ckp takpe la. Tak yah beli. Pastu dh mls nk ckp psl handbag lg. hukhuk

Friday 13 June 2014

False Alarm.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ  

*entry tertunda*

Mummy freaking out. Hihi. Sintom ibu mengandung. Sintom nenek nak cpt title. Sintom daddy cool tp hakikatnya gelabah. Or in my case, Abi yg xsabar nk apply cuti bersalin lpk ngn mama n baby. Hihi

Hari ni 15jun. My EDD jatuh pada 20jun. Lambat lagi kan? Tapi smlm adalah hari paling sibuk M2B ni. Bkn hanya semalam, but this whole week. Cuba bayangkan. 

On Monday, my family semua xd. Pergi holiday. So urusan kedai, yan kena dan paksa rela jugak kena settlekan. Stok baru masuk. So kena hantar ke kedai. Oh ye. Mula house cleaning jgk. Sbb risau PopOut awal, rumah berhabuk tak berkemas. So, yan dh mula kemas stor. Barang baby semua yan sebelahkan utk bwk rumah nenda dia as pantang kat sana. Langsir, sarung kusyen, cadar semua basuh dan pasang semula. Letih? Sangat tapi puas hati sbb rumah wangi. Yan klu basuh langsir, jemur dgn cara terus gantung semula pd tmpat ny. Mau tak harum satu rumah. Malam nak tidur hubby siap ckp, baru nmpk mcm bilik. Kalu tak mcm hostel. Ada yg blangsir, ada yg tak. Itu belum masuk yg cangkuk tkeluar, gumpal sana sini, daki2 kucing gesel dll. Haha

Selasa pulak, family balik dr vacay. Mlm amik dorg kat airport. Sblm tu iron baju kerja hubby. Basuh kain siap. Kemas master bedroom dgn kemas dapur. As yan xd nnt, dapur mmg xberasap la. Yan pun tak kasi hubby guna dpur. Kihkih.

Rabu hantar stok pg kedai. Not to forget, Don Ali dtg stayed dgn kami. At first, yan mcm rasa mampu. Tapi akhirnya surrender. Tak larat nak lyn dia dgn keadaan makin sarat ni.

Khamis merupakan hari santai yan. Rehat kat umh. Lps siap sapu buang sampah semua, amik Don dr rumah pengasuh. Sengaja amik awl. Rindu bdk kecik tu. Kesian jgk sbb kne tgl dgn pengasuh. By the time hubby blk, perut dh mula sakit. Tp diam lagi. Takut kne mrh amik Don awl td. Mlm ny Don tdo umh kami. Hubby yg tdo bwh dgn dia. Tp yan xsmpi hati. Esk dia kje. Don plak bila nk tukar posisi je dia akan merengek. Itu belum pampers pnuh or haus lg. So, yan pn suh hubby naik ats ktil tdo. Yan plk jge Don. Siap suh hubby tdo blik sblh spy ckup tdo. Kihkih. Mlm tu yan byk gila keluar keputihan dgn lendir. Smpi tbe2 meleleh. Bgtw hubby, dia suh rehat.

Jumaat sekali lagi hantar stok. Byk sgt stok masuk minggu ni. Mula kira dgn ibu kat umh ibu. Asingkan, ikat ikut size. Dh siap bru hntr kedai. Masa buat kerja ni dh rasa skt semacam perut. Masib Don kat rumah pengasuh. Blh la yan buat kerja laju sket. Tp masa kt kedai, prut sakit sgt. Balik mlm tu rasa lendir keluar. Tp hubby mcm biasa la. Suh kita cool down je. Dia blh plak blk lmbt main futsal. Kita dh rasa nk tberanak. Hihi.

Sabtu hubby kena keja. Sepatutnya ada check up pg ni. Tp tunda esok sbb hubby nk ikut sama pg check up. Yan blh bjalan ikut ibu. Siap pg opening ceremony stokis phyto science kt bkn jelutong lg. then hubby amik yan kat kedai ibu. Trus g umh pengasuh amik ank buah hubby, si don. Masa amik tu, tgk kepala dia pnuh bintik2. Alamak! Risau mode ON. Bdk ni dmm cmpk ke? Dgn keadaan kita sarat, due lg seminggu, takut jgk la jangkit. Hubby dh xkasi dkt dh. Blk umh siap2 nk bwk don pg klinik pastu igt nk g nilai aqiqah ank mu bff elly, si damia naik buai. Tp keadaan btul2 tak mengizinkan. Pg klinik, doktor kata bkn chicpox. Tp doktor bg ubt selseme and dmm. Keluar dr klinik mood don xelok. Ssh hubby nk drve klu dia ddk kt pangku hubby. Yan decide trus  blk umh je. Xyh pg nilai. Kami trus pg umh ibu. Nk tglkn don kt ctu mlm ni sbb esok pg2 dh nk g klinik check up. Ibu ajk pg knduri plk. Don tgl umh, kami pg knduri. Tp yan dgn hubby xmsuk pn. Hntr ibu, kami blk sbb yan skt prut. Bkn nk bersalin, tp nk melabur. Hihi. Ibu blk bwk berkat. Ad pulut kuning dgn kari telur puyuh. Yan dgn hubby mkn.

Esoknya, celik mata ddk terus bkejar ke tandas. Muntah. Hbis isi perut. Ini dh plik. Hubby pn sama. Bangun, msuk tnds cirit birit. Almk! Mkn mlm td ke? Call ibu, org yg pg knduri smlm pn cirit birit jgk. Punca~~~

Next entry psl last check up. Tggu rajin and free sket ye.

Barang kelengkapan bayi ke hospital (swasta)

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ  

Last entry Yan ada tulis nak update pasal barang baby yg Yan bawa ke hospital kan. So, roll picture kita jelaskan satu persatu. Btw, beware with this freak matching mummy to be. Hihi.


Ini beg baby. Hadiah from Nenda utk baby. Nenda beli masa business trip dia ke Jakarta. Beg sekali dgn beg keep warm susu skali. Tapi beg botol tu Yan tak bawak pun sbb baby punya TT bottle  tak muat la masuk beg tu. So Yan just letak kat tepi beg ni je botol susu baby. Bawak botol pun sebiji je. Utk air masak.


Yg ini set dampar. Aritu Yan blog kata nk bwk set tilam baby standby dlm keta kan? Tak jadi. Ini biras Yan dh bg set dampar with one pillow. So just bwk ini je. Muat pulak tu masuk dlm beg yg Nenda LittleM bg ni. Yg gmbr rusa kutub tu adalah 3D blanket baby. Abi LittleM suka sgt material blanket ni. Silap2 nnt masa tidur malam, dia tarik je selimut ni dr baby. Hikhik.


Next: Face towel, Lampin/bedung & Tuala. Sebenarnya tuala tu tak perlu pun. As the midwife kat Klinik Bersalin Razif tu dah cakap just bawak baju balik utk baby je. Tapi M2B ni kan matching freak. So nk jgk bwk tuala yg match dgn face towel tu dan barang baby yg mmg biru~~~~ Utk mommies yg bersalin dkt swasta, bila anda dpt baby, baby dah wangi harum bersih suci dah. Semua midwife akan buat. So, no worries. Lampin tu pakai utk bedung ye. Bukan utk lap. Lap lap pakai face towel. Abi shud been noted about this. Kang dia belasah je apa ada.


Ini persalinan baby. Newborn kimono. Yan pilih long sleeve. Ikut suka la ibu ibu nak bawak apa ye. Abi LittleM dr sekolah rendah main rugbi. So, baju ni gmb American Football. So kira mama tribute utk Abi la ni. Set booties mitten and bonnet jgn lupa ye. Oh, jgn dilupa barut ye. Kang kembung plak baby. Plus bila barut ni, selamat sket tali pusat baby. Xdla terlanggar. Kecian dia sakit nnt. Pampers plak Yan bawak 2kpg standby. Tak tahu perlu atau tak. Sbb masa kwn Yan bersalin dkt KPJ, xperlu pun. Dia siap dpt free pack newborn pampers lagi dr pihak hospital. Yang penting be prepared. 

Thats all. Perasan tak sikit je keperluan baby tu? Barang mandian semua Yan tak bawak. Sebab midwife kata tak perlu. Cuma Yan standby minyak kayu putih dgn baby wipes je nnt. Mama tak suka dan tak benarkan penggunaan minyak YuYee krn tak yakin keHALALannya. So, standby my own oil jela utk baby nnt. Okla. Hope dpt membantu ibu baru yang nak buat persiapan. Muahxxx




Sunday 1 June 2014

Rezeki anak.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ  

Bertemu kembali. Masih bercerita ttg my LittleM. Sejak dia berada dalam perut ni, kehidupan kami sentiasa cukup. Serba serbi cukup. Walaupun ada masalah sana sini. Beli stok barang, barang tak jual (which mama yg slh sbb byk komitmen lain or erti kata lain, malas sesgt). Then baik hati bagi org pinjam duit ratus ratus, tiba2 orang tu hilang block kite mcm kita plak yg slh ( klu ikutkan boleh je g serang umh dia tanya mana duit kan, klu kejam sgt la kan). Tapi syukur, semuanya masih cukup. Harap2 sehingga LittleM lahir, kami masih mampu sediakan secukupnya utk si kecil ni.

Sabtu baru ni, Abi kena kerja. Bukan la ada office hour ke apa. Cuma kena pergi rumah client. Kebetulan rumah client tu dkt dgn rumah Along(abg hubby). Dia pun singgah la nak jumpa budak shontel si Don Ali tu. Siap call Yan facetime lagi. Seronok nawnaw budak kecik tu dpt facetime. Guess what? Mainan fav dia masih bola merah yg kami beli masa dia tgl seminggu dgn kami dulu. Itu la yg dia bwk sana sini. Allah. Pandai betul budak ni.

Balik dr sana, hubby call Yan. Excited semcm. Sampai dua kali call. Pertama tu nak ckp bnd lain, tp ckp bnd lain. Call skali lg baru igt apa yg nk dickp. Haha. Yan xikut hubby sbb busy dgn kedai masa ni. So hubby call bgtw, brg2 yg Yan perlukan tapi masih belum beli lagi biras Yan bg kami. Besen mandi, kelambu baby, breast pump (Avent nok, wlpn manual kan. Bukan murah brand tu wlpn manual gitew) siap skali storage bottles ada 4 and breast pad Avent ada 3kotak. Nasib breast pad ni Yan baru beli satu je. Tu pun dh siap capture gmb kut kut nnt nk suh hubby g restock ke ap. haha. 

Mmg rezeki betul dpt semua ni. Kami ingat nk tunggu Mom and Baby Expo next week kat shah alam tu baru beli. Sbb dh survey kat kedai brg2 yg ni sume mmg mahal berbanding expo yg boleh dpt dgn less 30-50%. Gila kan? Tapi expo tu plak mula2 tukar venue, then dorg postpone smpi ke July (masa ni dh kecewa dh bila taw), skali skrg latest news expo tu dibatalkan terus sbb venue tu masih under renovation lagi wlpn dh postpone ke bulan July. Hampa ibu bapa yg dh mmg plan nak cr brg kat expo kan. Terpaksa la kejar yg kat Melaka pny expo plak ye. 

As for me, syukur sbb ada biras yg bg semua yg diperlukan tu. Xd isu pun second hand ke apa ke. Sbb brg2 tu pun bukan guna lama kan. Mcm kelambu baby tu. Awal2 je kot guna. Nnt baby asing nak gayut kat mama, kelambu ke mana, baby nyotnyot je. Hihi. Besen pun gitew jgk dgr ny. Pakai dlm pantang jela kot. Lps tu, baby mandi shower jela. Dpt plak klu yg jaga Yan pantang nnt org tua yg pro bidan, lnsg dia xguna besen tu. Pakai baldi je ltk air suam, guna gayung mandikan baby je nnt. Breast pump plak, utk permulaan okla. Tp Yan bukan kerja pun. So xd masalah nak menyusukan LittleM. Klu nak, sumbatkan aje la nnt kan. Cuma awal2 ni, kena pump la nak kasi susu tu keluar kan. Kang sumbat ssh baby nak isap.

If korang ada sedara mara yg dah ada baby, barang2 yg boleh pinjam ni baik pinjam aje. Takpun beli second hand. Mmgla first baby kita excited. Pastu siap pk lg, ala nnt next next baby blh pakai lagi. Tp percaya la, next next baby korang dh pro. Ntah ntah korang tak perlukan dah barang tu. Sementara nak tunggu next next baby, besen tu pun dah reput. Tak pun kelambu dah lobang makan dek lipas. Getah breast pump pun dah rapuh. Tak perlu membazir pada yg tak penting. Duit tu baik korang allocate utk insurans baby ke, injection2 baby ke, pampers ke (as newborn baby byk aktiviti saham mereka). Berbelanja dgn bijak ye. 

Tadi Yan baru completed kan beg hospital. Nnt Yan update next entry ye. Nk amik gambo td takut kena sakat dgn hubby. Tu pengkritik unggul tu. Hihi. Jgn lupa titipkan doa semoga Yan dipermudahkan bersalin ye. Ameen.