Lamanya menyepi. Banyak sgt yang tertangguh. Nak cerita semua mmg tak sempat. Plus, this m2b mmg busy hectic sgt. Since balik Sabah, then babymoon trip to Cameron Highland, FIL birthday celebration and so many thing happens. So lets us put current event happen update first la kan.
Refer TITLE.
Ya Allah. Mana ibu or bakal ibu yang ada anak kecil or bakal ada anak kecil tak sawan dgn benda ni. Hoi! Kalau Aku Kaya, Aku beli Expo ni termasuk dgn security guard sekali. Haha. Itu cerita si KALAU.
Expo ni banner mmg bersepah tepi jalan. So, mmg Yan dgn hubby dh plan lama akan pergi sini. Our 2nd expo yang merobek poket wlpn belum gaji. Haha.
P/s: baca dgn nada sedih sbb mmg belom gaji dan hjg bulan.
Sedih tapi tak kecewa. At least kami hanya berhabis utk benda yang perlu dan penting shj. Takdela membazir yg tak penting.
Kami pergi Jumaat 25/4/2014. Gigih ni. Kebetulan Hubby cuti sbb ada interview then ada futsal kat Shah Alam. So, seiring sejalan la kan. Sblm futsal, singgah survey dulu apa yang nak beli so that accountant merangkap isteri sepenuh masa ni blh plan list barang nk cari and budget. Ada masa lbih krg sejam je sblm Hubby kena grk utk futsal. Rambang mata. Yan dah nmpk bling bling barang yang mmg dah aimed sblm dtg. Harga pulak murah berbanding online. Mmg olsem. Sebab brg baby, Hubby mmg xbg beli online. Dia nak rasa tgk brg tu baru blh beli. If not, mimpi la nak dpt.
Part xbest hari jumaat ni bila kena stop dgn agen insurans. Yan mmg Pro insurans. Sbb ibu Yan mmg awl2 dah amikkan utk semua adik beradik insurans. So mmg xle la suka2 nak menipu. Mmg skim plan benefit semua bagus. Satu je yg Yan xsuka nak beli insurans dkt expo ni sbb kita tak kenal agen kita tu. Ini pendapat Yan la. Biar kita amik insurans dgn org yg kita kenal. Sbb kalu jadi apa2 sng kita rujuk dgn dorg ni. Kalu agen tu tak kenal, dan dia pulak mmg jenis ikut expo, ramai org amik insurans dgn dia, ko igt dia nak kesahkan ko lagi bila ko dah sign tu? Dia suh je kita call hotline nnt. Lepas tgn mcm tu je. Hari ni Yan byk buang masa kat booth insurans je. Pastu Hubby dah kelam kabut nak g futsal. Pasrah.
Kami kembali semula hari Ahad 27/4/2014 utk hunting barang for #littleM dan kali ni kami mmg tak lalu dpn booth insurans tu lagi. Serius mmg plan baik punya. Haha. Benda pertama Yan beli ialah Cloth Diaper (CD). As I am going to be with my little one all the time InshaAllah. So apa salahnya pakai CD je kan. Jimat duit Abi dia. Mama pun rajin sket sbb jadi terpaksa urus CD ni. Hihi. Lagipun ddk rmh. I have plenty of time for my little one la. Bukan susah pun.
Then pusing pusing nak cari barut. Tapi bila smpi kedai barut, blurrr. Nak beli berapa ni? Nk ikat ke nak zapzap? Yan pndg Hubby, dia dah angkat bahu. So we decide jln dlu. Dan ini adlh brg terakhir kami beli. Beli jenis tali sbb blh adjust klu badan baby kecik. Beli 5pasang je dlu for RM30. Kain Cotton.
Pusing lagi, Hubby ckp beli pampers dulu. Sbb itu aimed dia hari Jumaat tu. Huggies. 1pack for newborn. 2pack size S ultra soft. 1pack size M yg pants punya. Free wet tissue and recycle bag. Damage for all of this RM125. Then mama sempat grab Kotex overflow 3pack for RM18 skali. Sbb nnt kecian Hubby blurr nk mencarinya kemudian. Bila dah nmpk baik beli je.
Sebab ramai sgt org suruh beli baju lubang2 utk baby, kami cari la bajunya. Dapat la dua pasang lubang2. Then beli singlet sepasang. Murah je RM15/spsg. Pastu cari mitten and booties 2set. Rompers 2 helai. Yg ini setiapnya RM5 je. Dahla murah comel gilos pulak tu. Ada sesal sket sbb xamik design camo. *sobsob* lap air mata guna hjg tudung.
Pastu kitorg pg Disney booth. Sbb masa masuk tu ada perasan nappy liner yg blh guna utk CD tu. So tu la aimed ny. Bila dah masuk lain plak beli nya. Siap beli tuala 2helai, nappy liner sekotak, baju sepasang, cotton bud baby, bekas bedak dgn napkin lagi utk guna as bedung kata nanny. Haha. Hubby geleng kepala je. Dia plak hmpir tergoda dgn play cot. Nasib baik mama yg decide on baby items. Haha.
Last sblm ktorg smpi ke pintu exit, Hubby beli tikar getah hok pakai masa nak salin lampin baby tu. Itu benda akhir. Terus kami keluar sbb masing kelaparan. Expo mmg blh buat parents sawan la. Haiyo. Tapi bagi Yan mmg berbaloi la. Sbb kalu kita nak beli dkt mall or even GM klang tu pun still mahal lagi. Lucky us sbb expo semua dkt2 je and setakat ni, jln pun ok, parking pun sng. Hubby takdela merungut. We're happy. Sampai sini je pengalaman expo poket rabak kami. Next expo on May. Harap sempat dan larat la pegi sblm baby lahir.
P/s: Sebenarnya sblm pg expo on Sunday tu, kami ada check up. And Yan kena 2nd injection utk kancing gg. Tapi smpi expo jln laju je menonong. Bila blk, baru rasa tgn sakit, kaki sakit. Hubby geleng kepala je tgk isteri dia. Hahahahha
No comments:
Post a Comment