Sunday 16 March 2014

kisah hero pertama saya


ini kisah saya.
anda mungkin tak berminat nak baca.
tapi saya ttp nak cerita supaya bila little M pandai membaca nnt, dia akan jadi seperti hero saya.

saya sayang dia.
bayangkan setiap hari hantar dia pergi kerja, 
tanpa jemu tengok dia hilang dari pandangan.
setiap petang dengar bunyi kenderaan dpn rumah,
berlari nak bukak kan pintu.
bayangkan setiap kali cerita pasal sayang nya saya pada dia,
setiap kali itu bergenang airmata.
dia cintahati saya sejak 8tahun lalu.
tanpa ragu, dia tetap saya kasih.

wahai anakku,
papa kamu adalah yang terbaik kita ada.
papa yang paling banyak menyakat.
papa yang walaupun kasar (mungkin sbb takde adik beradik perempuan),
tetap lembut dan sabar melawan ratu hati nya.
papa yang berdiam diri bila marah,
sbnrnya seorang yang suka bercerita dan pendengar mama yang setia.
papa yang nampak tidak peduli pada rupanya,
dia jugak yang cuba memuaskan semua kehendak isterinya.

pemanah hati mama


rutin harian suami.

bangun pagi. mandi. solat. uruskan kucing termasuk buang najis, beri makan, sediakan air, bersihkan kawasan kucing. bersiap ke pejabat slps dgn berbekal vitagen sejak akhir2 ini.

pulang petang. tukar baju. uruskan kucing, rehat menanti isteri hidang makan dan minum petang. menonton tv sambil bermain dgn kucing.

mandi dan solat magrib. menonton berita. layan kucing. vakum rumah kalau perlu sambil teman isteri gosok baju. kalau perlu basuh baju. lepas siap, sidai (ini mmg bukan lagi kerja isteri sejak ada mesin basuh. suami sukarela nak buat). dinner. rehat. tidur.

rutin hujung minggu suami.

bangun pagi. mandi. solat. uruskan kucing termasuk buang najis, beri makan, sediakan air, bersihkan kawasan kucing. tgk tv. tunggu isteri siapkan breakfast. lps mkn tlg isteri kemas pinggan kotor. vakum. mop. teman isteri buat apa sahaja yang isteri nak.

banyak yang papa bantu mama. bila pikir balik, isteri ini mmg dimanjakan. kadang-kadang tempat tidur pun suami siapkan sementara tunggu isteri mandi. itu belum lagi mama merengek tgh mlm xblh tidur, nak pg tandas, kaki cramp dll. apa yang mama buat spjg hamilkan little M cuma jaga makan minum papa shj. papa pun tak cerewet. kalau nmpk mama penat, papa ajak makan luar. tapi papa suka mama masak. banyak papa makan kalau mama masak. anak mama bila besar, ikut macam papa ye. papa ada 3 perempuan shj dlm hidup dia. papa ada mama, nenek melaka dgn nanny. tak perlu perempuan yg bukan2.





Saturday 8 March 2014

check-up: baby progress


Lokasi: Hospital Bersalin Razif
Tarikh: 2march2014
Time:12p.m.

Sampai je terus bg kad check up. Pergi toilet utk urine test. Dahla tak rasa nak kencing. Bila mula kencing tu, lupa tadah plak. Nasib dpt sket. Fuhh. Kalu tak nak tunggu skali lagi mmg payah la nmpknya. Lps amik urine, tunggu nama kena panggil.

Tak lama lps tu, midwife panggil nama utk cek berat, tekanan darah, tanya itu ini sikit2 pastu suruh tunggu doc pgl plak. Ddk tunggu. Agk lama. Tapi sabar je. Tiba2 rasa sakit perut memulas-mulas. Nak pg tandas karang doc pgl plak. Xpela tunggu jela. Hby was "hah, tu takut nak jumpa doc letuw". I was like "hikhik". Sbb lama sgt tgu, minta hby belikn milo kat mesin. Baru seteguk minum tiba2, "puan Dayana, puan Dayana..." Tak jadi nak minum. Bg hby suh pgg, then sama2 masuk bilik doc.

Check Up Result 

Dr: puan, ini keputusan ujian darah puan buat past month. Darah O positive ye. Mmg pemurah ye sbb blh derma pada semua orang. Tp skrg xblh la, lps bsalin nnt in Sha Allah (hakikatnya diri sendiri yang susah cari darah yg sama)

Angguk senyum.

Dr: hiv xd, thalasemia pun xd. Good. Cuma....... Hb puan rendah sgt. Only 9.6. Sepatutnya kena 11 above ye puan. Ini mmg xelok. (Blur, terus pk mcm2). Jadi puan stop obimin dlu, sy tkr ubat lain. Kena mkn jgn pernah skip ye. Nnt kita akan cek darah lagi.

Masuk bilik scan. Baring. Sapu gel. Mula scan.

Dr: baby sihat ye puan. Blh nmpk semuanya. Ini jantung. (Sambil buka vol. kuat sgt bunyi jtg baby, rasa nak menangis pun ada. Tgk hby plak macam teruja sgt2 dpt dgr)

Dr: ok yang ini kaki dia. Itu lutut, so this one peha dia la. Xblh nak tgk jantina dia sbb dia kepit plak kaki dia. 

Dr: baby xbergerak ye nmpkny. Dia tgh tdo ni. Puan blh nmpk tu tangan dia sblh atas kepala, mmg tgh bersantai dlm perut.

Hubby: eh dia xnk gerak ke?

Dr: baby pun ada masa tidur jgk. Max time dia akan tidur 1jam stgh. (Aik, kjp je dia tdo rupanya. Apalah yang dia buat kalu tak tidur dlm perut mama ye?)

Dr: puan blh tgk itu jari dia. Nmpk kn? Semua cukup bgerak-gerak (alahai anak, nape comel sgt ni? Mama tak sabar nk geget) ini plak kepala dia. Nmpk otak dia, ini tempurung kepala, nmpk kn ada soket mata dia, hidung mulut. So far baby ok sihat. (Relief and puas hati)

Last time yan pergi, i can't recall the doc name sbb mls nk kesah sgt. Dia scan sgt laju and tak explained apa pun kat ktorg. Masa tu dh pk nk tukar hospital dh. But this time, wlpn tunggu lama sampai pelik nape org yg lmbt smpi dh kena pgl, kami belom dipanggil. Tapi puas hati dgn segala explaination dari Dr.Yuslinda. Hby pun puas hati sgt. Rasa berbaloi every cents kita bayar. so next appointment, nak request Dr.Yuslinda jgk la. Seronok dpt dgr progress baby. harap baby sihat, sebab mama makin "sihat" ni.

p/s: ini entri tertangguh. busy dgn kedai skrg sampai takde masa. balik je dah penat. ini pun curi masa sbb hby xd pegi main futsal. klu hby ad, ssh sket nk menaip. ada je org nk menyakat. hihi. till next entry. daa