Sunday, 16 March 2014

kisah hero pertama saya


ini kisah saya.
anda mungkin tak berminat nak baca.
tapi saya ttp nak cerita supaya bila little M pandai membaca nnt, dia akan jadi seperti hero saya.

saya sayang dia.
bayangkan setiap hari hantar dia pergi kerja, 
tanpa jemu tengok dia hilang dari pandangan.
setiap petang dengar bunyi kenderaan dpn rumah,
berlari nak bukak kan pintu.
bayangkan setiap kali cerita pasal sayang nya saya pada dia,
setiap kali itu bergenang airmata.
dia cintahati saya sejak 8tahun lalu.
tanpa ragu, dia tetap saya kasih.

wahai anakku,
papa kamu adalah yang terbaik kita ada.
papa yang paling banyak menyakat.
papa yang walaupun kasar (mungkin sbb takde adik beradik perempuan),
tetap lembut dan sabar melawan ratu hati nya.
papa yang berdiam diri bila marah,
sbnrnya seorang yang suka bercerita dan pendengar mama yang setia.
papa yang nampak tidak peduli pada rupanya,
dia jugak yang cuba memuaskan semua kehendak isterinya.

pemanah hati mama


rutin harian suami.

bangun pagi. mandi. solat. uruskan kucing termasuk buang najis, beri makan, sediakan air, bersihkan kawasan kucing. bersiap ke pejabat slps dgn berbekal vitagen sejak akhir2 ini.

pulang petang. tukar baju. uruskan kucing, rehat menanti isteri hidang makan dan minum petang. menonton tv sambil bermain dgn kucing.

mandi dan solat magrib. menonton berita. layan kucing. vakum rumah kalau perlu sambil teman isteri gosok baju. kalau perlu basuh baju. lepas siap, sidai (ini mmg bukan lagi kerja isteri sejak ada mesin basuh. suami sukarela nak buat). dinner. rehat. tidur.

rutin hujung minggu suami.

bangun pagi. mandi. solat. uruskan kucing termasuk buang najis, beri makan, sediakan air, bersihkan kawasan kucing. tgk tv. tunggu isteri siapkan breakfast. lps mkn tlg isteri kemas pinggan kotor. vakum. mop. teman isteri buat apa sahaja yang isteri nak.

banyak yang papa bantu mama. bila pikir balik, isteri ini mmg dimanjakan. kadang-kadang tempat tidur pun suami siapkan sementara tunggu isteri mandi. itu belum lagi mama merengek tgh mlm xblh tidur, nak pg tandas, kaki cramp dll. apa yang mama buat spjg hamilkan little M cuma jaga makan minum papa shj. papa pun tak cerewet. kalau nmpk mama penat, papa ajak makan luar. tapi papa suka mama masak. banyak papa makan kalau mama masak. anak mama bila besar, ikut macam papa ye. papa ada 3 perempuan shj dlm hidup dia. papa ada mama, nenek melaka dgn nanny. tak perlu perempuan yg bukan2.





1 comment: