Tuesday, 6 May 2014

Perginya dia yang kami syg.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ  

Sebenarnya pagi tadi lepas hntr suami kerja, yan sibuk dkt meja kerja. Setelkan gaji pekerja, kira sales, buat list barang. Siap semua, rasa penat sgt. Yan mmg xbape sihat skg ni. Demam, selseme, batuk, sakit mata. Malam tadi susah tidur, sbb mata berair je. Baby plak tulang dh panjang2. Aktif je bergerak. Nasib baik ada suami tempat bersandar manja. Habis siap kerja, yan masuk bilik nak tidur skjp. 

Tak lama yan lelap, dgr bunyi org ketuk pintu. Rupanya ibu dtg nak tgk Theodore (anak kucing yang baru ibu adopt). Sembang2 dgn ibu, tiba2 yan rasa lapar plak. Ibu dah nk gerak ke kedai. Hari ni ibu ada undi tapak raya. Yan kemas rumah sikit, siap2, nak keluar pg kedai beli mknn. Dh rasa lapar sgt dh.

Mungkin kerana terlalu lapar, semua benda lupa. Yan lupa anak2 bulus suka main bawah kereta. Smlm ada dua kereta. Jadi bila yan start "baby orange" semua anak bulus akan lari masuk bawah "kereta kebal". Sblm keluar tadi yan perasan bbrp ank bulus ada dkt dpur. So, start enjin dah pikir lauk apa nak beli. 

Bila reverse tgk dpn keta ada bwk anak bulus. Hati dah tak sedap. Tiba2 nampak "kotam". It was our kesayangan. Dia tgh mengelupur. Yan makin takut. Dada dah laju. Terus benti keta, pg tgk dkt. Nmpk darah. Rasa lemah sgt bdn. Lari masuk rumah. Capai kain. Balut "kotam". Masukkan dalam bilik. Tutup pintu. Yan dpt rasa panas darah mengalir. 

||mula teman lipat baju, akhirnya lena sblh peha||

Allah. Apa yg aku dah buat ni. Apa patut aku buat skrg. Keta tak mati enjin lagi. Terus call hubby. Call byk kali. Tak angkat. Cuba lagi dan lagi. Sampai hubby angkat. Dpt ckp je terus meraung. Meraung mcm org sawan. Minta hubby blk a.s.a.p. Hubby siap ckp "dah nk mati nak buat mcm mana. Dorg tu bodoh main bwh keta sape suruh. Kalu semua mati pun takpe". Yan tau, dia nak sdpkn hati isteri dia. Dia xnk yan sedih sgt sbb keadaan yan skrg ni. Sbb tu dia ckp mcm tu. Hakikatnya yan tau, dia pn akam terasa kehilangan Kotam. 

Then call ibu, meraung lagi. Ibu dah risau dah. Yan dh la mmg xsihat. Dgn prgnt lagi. Ibu suh sabar. Call jiran dpn minta tgkkn yan. Jiran tlg tenangkn yan. Yan masuk blik tgu hubby blk. Rmh pun jiran yan tlg ttp kn. yan dh lemah atas katil. Tgu hubby blk, which sgt laju yan rasa dia bwk sbb tak lama pun sbnrny dia dh smpi. Tp siksa menunggu tu mcm berjam nak smpi. 

||kita tgk tv, dia dtg parking sblh nak tidur||

Hubby smpi terus peluk meraung lagi. Dia tenangkan yan. Baringkan kat bilik. Baby tiba aktif. Terasa denyutan kiat semacam. Yan bisik kat baby dlm perut minta maaf sbb xsempat nk knlkn dia dgn Kotam. Sementara tu hubby sibuk uruskan semua. Bungkus "kotam". Masukkan dlm plastik. Cuci darah. Alihkan kereta. Pastu baru dia dtg teman yan kat bilik. Dia ckp, jgn pk sgt. Yan kena jaga diri dan baby sbb sebulan je lg baby nak keluar dah. Lps ni hubby suh yan jaga baby je. Sepanjang masa yan menangis je. Masa Hubby masuk bilik tgk Kotam, hubby ckp "dah masa kau mati tinggalkan kami rupanya". Sampai saat ni, masih nangis lagi. Terasa sgt kehilangan "kotam".

Kalu sape follow yan dkt IG msti kenal "kotam" dan jemu tgk yan update psl dia. Dlm 6ekor anak bulus yang kami ada, dia je yg bijak. Pandai dtg bila kami panggil. Paling manja. Selalu nak mengendeng dkt kita. Dia je yg berani naik ats katil baring dgn yan n hubby. Mmg kesayanga kami. Sbb tu bila dia yang kena tadi, yan mcm org sawan. Hakikatnya sampai skrg pun rasa sedih teramat sgt. Rasa bersalah.

Dua tiga hari lps, mata Kotam skt. Hubby mandikan Kotam. Yan lap bdn dia. Bersihkan bulu dia. Bersih telinga dan hidung. Manja sgt dia. Diam je bila kita bersihkan. Mata dia pun dah makin sihat yan tgk smlm. Smlm, dia main dgn yan. Landing tgk tv sama2. Lps hubby magrib, dia dtg main dlm bilik atas katil dgn kami. Yan siap ckp yg dia kacau daun lg kami nk mnja2. Hihi. Lama dah dia xmcm tu. Pagi tadi dia smpt manja2 dgn hubby. Lompat naik seluar hubby sblm pg keja. Siapa sangka itu semua petanda. Petanda dia nak pergi selamanya. Petanda yang yan akan langgar dia.

||tetap nak melekat walau kat mana sekalipun||


Ya Allah, Kau ampuni dosaku. Tempatkan Kotam ditempat yang lebih baik. Maafkan aku syg. Kalu blh ubah masa, dah tentu kau masih bermain dipeha saat ini. Anak bulus yang paling manja. Anak bulus kesygn. Moga kita akan berjumpa lagi Kotam. Tetap dalam ingatan. Nnt #littleM lahir, kami akan tunjuk gambar Kotam pada dia. Doakan Kotam ye semua. Doakan yan jgk. 😖😢

No comments:

Post a Comment