Saturday 22 December 2012

PR: Strawberry Whitening Shiny


hai semua. ini first time yan buat entry untuk product review(PR). kenapa wujudnya entry macam ni? sbb yan taw, semua org ada perasaan ingin tahu. kadang2 kita nak org yg cuba dlu. bila dpt feedback yg baik baru kita terhegeh hegeh nak try kn? (sambil taip,sambil pandang muka kat cermin. mmg ckp utk diri sndri). so product review adalah penting info info nya bagi pengguna macam saya. siapakah saya?

saya ialah seorang graduan yang tidak mempunyai income, tetapi ingin memcuba produk baru yang terbukti keberkesanan nya terhadap orang ramai.

strawberry whitening shiny

nama: strawberry whitening shiny
berat: 400g
from: hongkong
fungsi: body scrub

ok. itu anta details penting yang perlu tahu. sangat basic. what it is for? itu soalan semua akan tanya kan. memandangkan yan baru balik holiday dgn kesayangan hamba di Philea Resort, Melaka, harusla saya sedikit gelap. the thing is, untuk muka mmg byk produk yang boleh kita pakai and dpt kesan segera. tapi untuk anggota badan yang lain?

yan mengaku ada orang suka kulit mereka nampak keperangan (bajet paris hilton wanabe). tapi i need my fair skin. untuk apa? sbb my ahmad cerah. wlpn dy berpanas naik motor mencari rezeki (mls bwk mr.black sbb jammed), tp dia senang kembali putih. hanya dgn sabun mandi susu kambing Cosway dia je. shower 2-3 kali dah cerah balik. 

kulit yan plak sgt degil. haiyo. kalu dh sunburn tu, slagi tak buat pape, lekat la hitam smpi ketua ke tua. jadi ini merupakan produk solution untuk mereka yang mempunyai masalah seperti yan. produk ini mampu mencerahkan kulit kita. pokok pangkal kena rajin. lepas berjemur tepi swimming pool tu, balik bilik before berendam dlm bath tab tu, lumurkan tempat yang kena sunburn dgn produk ni. gosok sikit kerana produk ini bertindak sebagai scrub. ia akan menanggalkan kotoran dan menanggalkan sel kulit mati. jgn kita ternak plak kulit mati ni, nnt menyesal. selepas lumur dan gosok, biarkan seminit, dan boleh dibilas atau lompat masuk bath tab berendam.

mudah kan?

kesan adalah serta merta. tapi jgn la plak harap kulir dr negro jadi minah salleh. anda akan merasa perubahan pada kulit anda. believe.

selain dari mencerahkan, ia juga mampu menghalus dan melembutkan kulit anda. jadi mulus uols mcm baby. iols dah rasa. iols sndri xpuas usap tangan sendiri. kulit pun jadi sekata dan glowing (dh mcm edward cullen la plak kn). dan ia sgt wangi. ummmm rasa nak makan tangan sndri.

mcm mana blh beri kesan begini? kerana kandungan nya la uols.

1. strawberry extract and deep sea mineral salts
uols tahu tak, bahan ini yg membantu mencerahkan kulit. deep sea salt tu kalau biasa kita tgk org guna utk rendam kaki kan? bila kita apply ia mampu menanggal sel kulit mati dan membantu mengatasi kekusaman kulit. secara tak langsung bahan bahan ni dapat menyekatakan warna kulit (kalau tak tu dah macam palet warna dah nmpkny)

2. Gingko essence and vitamin E
ini membekal collagen dan mengembalikan keanjalan kulit uols. nampak tegang dan licin.vitE membantu anda mendapat kulit yang sihat dan lembab. xdla kalu terlanggar bucu meja nampak kesan kelabu asap tu kan.

so, what you waiting for? 

dapatkan di 5sisterlicious dgn harga promosi RM15.90 sahaja. sangat berbaloi untuk kulit yang lebih cerah sekata mulus bak bayi.

Friday 21 December 2012

entri pantas:1


salam sayang semua. hari ini rasa semua penat lelah berbaloi sgt. kenapa? sebab sejak last post yan yang lepas, banyak urusan yang yan dah selesaikan. jap ye yan edit gambar dlu.(minimize, masukkan cable ipad, transfer gambar-nmpk x byk kerja lg?, edit gambar........pukul 3.28pagi)

so, latest entry was on 17thDec. so we start dgn 18thDec la kan..

18/12/2012
hari ni, yan demam. seriously hanya terbongkang baring je kat bilik ibu. my flu was terrible. sesak nafas. badan panas but yet my body was shaking. makan ubat selseme (jer, sbb rasa selseme plg truk) makan pengsan trus smpi ke ptg. i waste my 18th to get sick. hehe.

19/12/2012
i had a date with my girlfriends. elly and wan. i love both of them equally. opss lupa sorang lagi, anis. she prefer people recognize her as ard, tapi me tetap panggil dia anis. ada aq kesah?hihi. tp semalam kan tdo siang smpi ke ptg, mlm tu ssh tdo. pkul 11 bru yan terjaga. dpt msj dr staf yan kt GM kata khamis dia nk off. so yan kena pergi collect sales for few days la. bangun, siap2 sesimple boleh, pergi GM. amik sales, then rush amik wan. then jmp elly kt UPM naik tunang dy punya car pergi pavi. kerlas kau maria!lepak keyEL skg kan. tp lupa amik gmb. my bad. or mungkin saya tgu my iPad mini. nk kuarkan iPad amik gmb, dh mcm jakun plak kn. (AHMAD,DENGAR TAK NI?) lepak kl sbb anis kerja kat Traders Hotel nun sblh KLCC tu. jadi utk sngkn org bekerjaya, kte dtg dkt dia la kan. lepak utk update perkembangan semasa mmg sgt seronok. semua benda habis kuar cerita. syg korg ketat2.

apa persamaan kami?

budakbudakiniakanbertukarstatustahundepan

20/12/2012
tarikh yg org dok kecoh2 kan. hari ni yan buat ap ye? owh ye. stok barang dah habis smlm. so tghri yan pg GM amik brg. hantar pg PKNS then ibu ajak pergi SSM kat Plaza Alam Sentral, Shah Alam nak renew lesen ibu and yan nk register company baru. sekarang kan ada offer sampai end off this year. RM50/5years. so semua peniaga sila ambil peluang ye. kenapa perlu bazirkan duit RM60/year kalu blh berjimat utk 5thn kan? tapi ya ampun, ramai gila org. silap yan jgk. dtg dh pkul 4. mmg la kan. so xjd buat hari ni. balik rumah work on 5sisterlicion lelong day kat PKNS, Shah Alam nnt.

21/12/2012
hari ni paling best. pg ibu kejut, trus siap2 nak ikut ibu. lately yan malas sgt nak drve. pg jumpa elly kt UPM hari tu, wan drive. pg KL, elly plak drive. malas la. (ptt la gemuk!haha) trus pg SSM. pg sblm org blk smyg jumaat. tak ramai org. wlpn sakit hati dgn india yang jaga no giliran tu (bila org minta no, dy fill up form dlu baru bagi no. tapi kalau kaum dy yg minx, du bg no dlu then ajar satu2 cara nak isi form.baghal betul!) and i finally registered my company. QIRANA FASHION AND SUCH. alhamdulillah. berkat sokongan dari ibu dan ahmad, akhirnya wujud syarikat sendiri. hari ni jugak yan mula hntr brg lelong ke PKNS. dh siap iron. cuma tinggal skirt je nk hanger kan dan iron. pastu tgl letak tag yang yan dh potong tadi.

terpaksa gelapkan alamat sebab base dari rumah. jadi alamat rumah adalah privacy bukan?

ini adalah tag barangan kami. pada setiap blouse atau skirt akan diPIN satu tag. belakang tag ada  diskaun code. jadi bila anda beli di page 5sisterlicious, anda akan mendapat potongan %harga dgn memberi code belakang tag. setiap code hanya boleh digunakan sekali sahaja.

lelong lelong lelong!!!

oklah. setakat itu je yang yan nk kongsi. nanti bila free yan tulis lagi. sbnrny blh je nak tulis slalu. tp takut org bosan je entry tanpa gmbr nnt. see you then. bye.

love.


Monday 17 December 2012

my passion and love


alahai teruk betul penulis blog ni. tenggelam timbul tenggelam timbul je dia kan. meh dekat sikit. ni cik punya blog nak buat pengakuan.dengar wahai rakyat jelata....

"pemilik blog ada satu lappy yang dah berusia 7tahun. (nmpk x no 7 tu?mknenya dh uzur ye) lappy dah tak boleh terbuka tanpa sokongan tulang belakang. either sendal buku bertingkat blkg dia or sandar kat dinding or smtg la. jadi lappy sgt la tak mobile kan."

dari pengakuan di atas, sila maafkan pemilik kerana biarkan blog bersawang, labah labah berpesta. hihi.harap masalah ini dapat di atasi sekiranya Ahmad belikan iPad mini. (okeyh, yang ni melampau sikit. mcm iPad3 xblh tulis blog kn?)

berbalik kepada tajuk di atas, yan nk kongsi satu benda. maybe yan masih baru dalam bidang ni. jadi promote kat blog sndri je la dulu kan. 

5sisterlicious


ini merupakan fbpage utk online shop yan. blh la klik link pada caption di atas utk tgk2 barang2 yang ada. memang nampak hanya barang perempuan je yang ada. tapi check our photo album, ada item for both male and female. kami bukan bias gender. kami unisex. 

so basically apa yang ada di 5sisterlicious ni....

1) tudung bawal dari 1tone, 2tone, 3tone, pelangi, crown dan latest bawal 2layer dari 3tone dan 5tone (ini merupakan produk pertama kami. admin lebih gemar pakai bawal kerana mudah dibentuk dan ia plain. maka tercetus idea untuk shop page ini)


2) blouse dan skirt. kami ada blouse daripada kain chiffon, cotton, lycra dan design terkini seperti fishtail, peplum yang sang olsem, batwing dll. skirt pelbagai pilihan dan design.
peplum

3) produk kecantikan dan kesihatan seperti D'Herbs, Jamu Ratu Malaya, Anugerah, Dunia Herbs, Tia Amelia, dan macam2 lagi. (PM kami untuk produk yang tiada dalam album kerana kami akan adakan khas utk anda kerana kami mempunyai kedai kecantikan di Kompleks PKNS Shah Alam)

4) bantal panas (our best seller di PKNS. sesuai utk ibu bersalin untuk bertungku, lenguh2 badan, panaskan badan, senggugut dll)
tungku elektronik


5) kelengkapan haji seperti jubah, kain ihram, stokin, kurta, telekung, sejadah dll (kami merupakan pemborong pakaian dan peralatan haji dan umrah di GM Klang)
jubah

6) e-cig. produk terbaru yang hangat di pasaran. bagi sesiapa yang pernah ternampak e-cigarette ni di uptown sekitar lembah klang, harga sangat la melampau. jadi boleh dptkan drpd kami. dengan harga puluh hingga ratus ringgit lebih murah. kami juga supply jus seperti LIQUA dan HANGSEN. 




so dearies, Do come visit, have a look, buy & support me at 5sisterlicious! Thank youuuu!


Tuesday 4 December 2012

Maybank bad customer service!

Semasa entri ni ditulis, i was so mad and sleepy. Last night i slept at 4a.m. At 7a.m. dah bangun utk breakfast dgn ahmad. My bad sbb salam pun tak bagi kan. Salam evy1. Ni pun tulis using my iPad. Sbb sgggggttttt marah sampai tak menyempat nak post pasal ni.

Did i mention about i left my handbag at the airport masa my trip to jakarta? I draft satu post pasal jakarta tapi belum sempat nak habiskan entry tu. my bad. Tp mmg yan tinggal beg kat airport during security check. So dh naik kapal baru perasan beg xd. Nk trun lari ke terminal mmg haram jadah tak sempat la kan. So airasia staff informed me dorg akan simpan that beg in security room. Fuuhhh lega sikit. Tp few steps need to take into consideration.

Step pertama of coz block semua credit card yang ada. Kan?? So dlm purse yan ada dua credit card which is not mine. Satu ahmad punya, satu ibu punya. Ahmad punya yan pgg sbb xnk ahmad menggunakan kad tu sewenang nya. Hah. Nampak x ciri sorang akauntan kedekut kat ctu? Ibu punya yan pgg sbb easy for me to isi myk or beli brg dapur or pg service kereta and mcm2 urgent matter la.

Ahmad:
Kad credit ahmad adalah dr CIMB bank. Olsem ok bank ni. Yan dr mula degree using this bank and i never ever had problem with this bank. Call ahmad minx dy call block credit card. Then person in charged that case kata ok, dorg akan block terus and akan hntr kad baru with few weeks. With a charge of coz. RM10. Cheap right? Kebetulan ahmad ad overpay 10++ so dy tolak dr bnd tu je. Murah dan sgt senang kan. Seminggu lps yan blk cni, kad arrived and ahmad pas kat yan then minx yan submit form utk password. Setel!

Ibu:
She is using mastercard from dumb ass maybank. Mmg loser la bank ni. Selalu byk mslh.mls nk ckp psl insurans etiqa yg ibu registered for us years ago. Since we still a kid. Smpi skg dh nk kawen kot. Nk claim utk msuk hospital? Payah! Byk sgt prosedure nonsense, call sana nk buat report tgu lama, tgu approval lambat. Agknya bila mati bru la approval msuk wad kuar kot. Bodoh! Back to credit card. Ibu call then org tu minx pengesahan bla bla. CSO dorg ckp dorg blh block only for 24hrs. Ibu pilih utk block 24jam je sbb klu nk block lebih dr tu, dorg akan batalkan kad and send the new one. With charged of cos. RM50. Shit! Asal nk mahal sgt kn? Masa ko offer kad dlu blh je bg free. Ko igt org hadap sgt kad ko ke? Ibu ad byk sgt kad kot. Dr yg cikai mcm master smpi ke power ke platinum ratus ribu credit limits kot. Bkn yan nak berlagak, tp cas yg remeh melampau ni tak perlu kot. Lain la kalu org tu mmg ad satu kad je and terdesak kne ad kad. Tu pun org belum tntu nk byr. so blk m'sia dh 36jam so i guess kad tu blh la guna kan. Yan try isi myk. Kad decline. Fine. Bgtw ibu, then ibu kata "xpela klu dy block trus. Tak yah pki. Tak yah suh anta yg lain sbb ad kad lain lagi". So diam je kami dua beranak.



Nak jd cerita, td CSO maybank yg kecoh belagak pdhl gaji ko tu tak smpi pun bape dh nk kekwat call rumah. Dgn tak kenalkan diri,
Customer service officer maybank: blh saya cakap dgn pn.sal.......(xd helo.salam lg haram)
Yan:(dah org xberbahasa gtu, nk ckp dgn mak kte, sikap protective membuak) ni sapa? Dr mana? Nk buat cr ibu?
Customer service officer maybank: sy dr maybank. Pasal kad credit yg pn.sal lapor hilang hari tu. (nmpk x dy tipu?bkn kte lapor hilang. Kte lapor kad tu tgl dkt sekuriti airport dan selamat dorg simpan cuma minx maybank block sementara which only 24jam or else 24jam 1minit dh kne byr RM50)
Yan: ibu xd la. Psl kad tu, nape block ye? Hari tu kata 24jam. Sampai sekarang block apasal?
Customer service officer maybank: cik sape?saya nk ckp dgn pn.sal......
Yan: saya ank dy (dlm hati menyumpah dh. Tak dengar ke aq sebut ibu byk kali td) sy yg pgg kad tu. sbb tu sy tny.
Customer service officer maybank: napa cik pgg ye? Tak blh mcm tu. slh klu ikut agreement. Bla bla bla (tak boleh ke ko sah kan aq ni betul ke ank dy ke, or ckp elok2 ke, or pk guna otak ko tu bhw bkn semua org xtw law, contract or agreement. Jadi tak payah tunjuk bijak. If ko dpt tw aq pgg kad mak aq, then ko nk buat report then henti kan kad tu, go ahead stupid! Ko yg hilang customer. Do we care?!) pn.sal mana?....blh bg no tel dy (hello! Xkn no hp yg pntg mcm tu pihak bank xd record kan?ni bukti double dumb maybank)
Yan:012 (xsempat nk bg....)
Customer service officer maybank: owh yg 0126846738(no ni yg bantai je. Sbb dy baca nth no sape pun yan xtw...triple dumb maybank)
Yan: bukanla. Sejak bila mak saya pakai no tu! Tak pernah hayat ada no tu. satu je no dr dulu.
Customer service officer maybank:blh bce kan no x?tp tgu kejap ye (tekan kekunci keyboard lopek dy dgn laju dan kuat, mungkin buat report ke psl yan pgg kad or mgkn buat report psl first call xdpt nk ckp dgn pemilik kad or mampus la ko buat ap pun. Tp perlu ke suh aq tggu ko menaip mcm lakhanat tu?!) ok dh cik.
Yan: 012.....(baca laju laju terus hempas telefon)

pengajarannya: selalu org kata customer bila call customer service, customer yg xberadap kan. Ok la blh pk logik kot. Klu dh service ko mcm haramjadah, bg mslh kt customer, harus kot hangin sikit bila menggangu urusan org lain. Ini kes terbalik. Customer service yg kurang ajar. Hello HR Manager Maybank! Mcm mne ko recruit org ni?!

NotaKakiPakaiKasutLembabSeminggu: klu ko rse nk terminate kad tu, go ahead. Ada org kesah ke? Citibank ad, ambank ad, gold, platinum mcm mcm ada lagi kot. Then kalu ko nk report org lain guna kad tu pun, ko ada bukti ap?signature? Bdk sekolah pun skrg sign sndri report card dorg kot. Ko nk dakwa pemilik kad biar org lain guna? No black and white plus klu guna record ko call td tu, aq lg blh dakwa ko. Biadap! Kenalkan diri tak. Aq blh dakwa ko plak penyangak sbb tak bagi pengenalan diri terus nk ckp psl P&C matter. Bnd ni merosakkan mood yan yg sgt baik pg ni sbb dpt breakfast dgn ahmad pg ni. I will never ever choose Maybank as my bank. Customer service paling worst!



Saturday 1 December 2012

menyemai cinta part 1


uluh! tajuk entri slalu nak poyo kan. takde menyemai sangat. baru nak membaja ni. previous post, yan nk cerita aktiviti hari ini kan. badan penat sangat okeyh. khamis ssh tdo. tdo pukul 4.30pagi hari jumaat. then dr pagi seharian jaga kedai ibu. jumaat pun sama jgk xle tdo. sudahnya pukul 4.50pagi sabtu msj ahmad minx dy tlg kejut yan b4 dy grk dtg. sudah nya masa ahmad tekan loceng umh, ibu gegar pintu blik, baru yan sedar. gila kentang kan. sharp pukul 10 yan bangun. recall perancangan smlm 

"10.00a.m.
masa ni sure yan dah bangun. siap dgn pantas. ahmad for sure dh dkt nak sampai."

jadi mmg bukan yan bangun lambat la kan? kan? kan ahmad? ahmad tgk yan dgn baju tidur, air liur basi. bagi mainan dy, diam la dy tgu gadis dy bersiap lps tu. tup tap tup tap pkul 11 suku bru kuar umh. laju laju menuju tesco bukit tinggi. haram. tutup rupanya pjbt pos sbb minggu pertama. dah terganggu dh planning. *kecewa gila babeng*

ahmad exsited nampak ni otw pg pejabat pos. =))


trus pg GM beli stok. smlm kata nk jenjalan kan? tapi tak jadi jalan. amik stok trus cek sales kedai. sign situ sini trus blah. ahmad dah lapar. jadi menuju ke shah alam. masih berharap pjbt pos bukak. pegi tesco shah alam. terang lagi nyata tulis waktu operasi. keluar dr tesco dgn hati remuk. *arghhhh kenapa ssh sgt perjalan nak renew ni"

dr tesco trus pg knduri dkt Sek.7. dewan apa nth nama nya sblh tasik tu. yan lupa. dewan tu superb besaq! opkos meja kerusi banyak. bila terlalu besar, kte arrange tetamu dtg mkn blk dtg mkn blk, nmpk dewan sgt kosong la. bila yan kawen, yan harap dewan yan penuh sepjg masa. biar org mkn berulang ulang. mesti ada yang berulang punya la sbb katering sy sangat sedap nanti. doakan ye. ahmad yg lapar pun mkn sikit je kat knduri ni. mgkin krg feeling wedding gamaknya. hihi.

unedited version. no camera360, etc. yan pakai palazo yang ahmad beli kat Perlis masa o/s, top from 5sisterlicious fishtail  

lepas wedding???.............will be continue. yan penat sangat. i need my rest now. jemput dtg ke GM Klang esok. kedai yan tingkat 2 lot no.42. boleh tgk2 dulu la. tak beli pun tak apa. hikhik




x.o.x.o

Friday 30 November 2012

cinta dipangkuanku


cewah yan. tajuk kalau tak meletop tak sah kan. maafla sebab selalu sangat tak konsisten update blog ni. dah nampak lelabah baru la nak sapu usir kan. *bunuh takleh ye*

hari ini merupakan hari sabtu. ahmad selamat pulang semalam. dlm pkul 5 petang getuw dia sampai.alhamdulillah semuanya selamat. malam dia kena balik office. ada kerja katanya. yan pun tak byk ganggu dia. dia je yang banyak kali ganggu yan. tapi yan suka. will update about it mlm kang. or maybe esok sama waktu macam sekarang. itu pun kalu ahmad dah tidur mcm skrg la.

apa tujuan yan post entry ni? yan nak update je pasal aktiviti yan dan ahmad untuk hari sabtu ni. al-maklum bin al-sekiantahu la kan. rindu dah sesgt. tambah berjauhan berbatu batu membuatkan kita risau berhari hari. perlu masa bersama dan banyak perkara yang perlu diselesaikan.jom kita list kan aktiviti kami.

8.00a.m. 
ahmad kata dia nak bangun nak siap untuk amik yan kat rumah. umum sedia maklum bahawa waktu sekarang yan masih menaip. lepas ni kena edit gambar for my fb page 5sisterlicious (boleh la LIKE page yan ye) then only i off to bed. jadi mungkin lajak lajak la tidur nya kan.

10.00a.m.
masa ni sure yan dah bangun. siap dgn pantas. ahmad for sure dh dkt nak sampai.

10.45a.m.
pejabat pos tempat pertama. urusan paling penting dan utama skali. renew roadtax mr.Black. haiyo. semalam wo birthday dia. hari ini baru mau beli present. 

11.30a.m
dgn hrpn selesai tugas dan tak ramai org kat pejabat pos tu la kan. GM we go. stock dah habis. kena restock. ini la punca simpan hari bahgia. sikit sikit lama lama banyak banyak........boleh la kawen kan? cek kedai kat GM jgk. kot la ramai org boleh tetolong sket. pastu round dlm tu nak cr bnd yang nak cari, apakah ayat ini? yan nk tgk baju baru. ahmad dh komplen tunang dia asik ulang baju sama je. haha.

12.30a.m.
bertolak tu wedding kat Shah Alam. ini wajib pergi. bapak dan emak pengantin ialah ibu bff. sampaikan ada yang kata bapak dia suami kedua ibu. *gurou okeyh! tak yah nk wat muka terkejut bila baca* banyak dorg tolong masa majlis yan haritu. jadi, kena pergi ye. outfit? next entry.

2.00p.m.
balik knduri perut kyg baru hantar stock pergi PKNS. yang ni tak bape nak rush sgtla. yan hantar stock then amik rubber stamp yang yan tempah smlm. gedik kan nk pki rubber stamp bagai. sukati mak la uols.

3.00p.m.
jusco bukit raja. for what? double what? triple why?*pengaruh upik abu abu* ktorg nak tgk wyg. tiket beli on9 jew. senang. semua dihujung jari. nnt cheq review cerita nya dgn cara beli tiket skali. in case ramai yang masih rasa tak secure kan?

lepas wyg adlh aktiviti bebas. fuhh! byk betol plan. yang penting, makan prrrreeeee!!!

jumpa next entry~~

x.o.x.o

Sunday 25 November 2012

sayang berjauhan


hurm. belom tulis apa lagi, baru bagi salam dah yan mengeluh. 
"kenapa ni lalink?" soalan biasa ditanya oleh ahmad bila sayang dia muram moody. 
rindu sangat kat ahmad. *mata dah bergenang kan*

since last week or sebelum tu lagi yan xigt. ahmad ada bagitaw yan dia kena pergi outstation. first outstation sepatutnya after we got engaged kena pergi Sabah. tapi boleh mengelak lagi. selamat takyah pergi Sabah. but this time, tak boleh cakap tak dah. ahmad terpaksa jugak follow outstation ke Perlis. jauh nya perjalanan ahmad tinggalkan tunang dia. perasaan yan? risau, sedih, lemau dan seangkatan dengan nya. selalu weekend ahmad mesti dgn yan sejak bertunang ni. tiba2 kena pergi jauh, harus la sedih. *tekak perit menahan airmata*

masa yang lapang, apa lagi. melayari internet. jalur lebar bayar tiap bulan kena fully utilized la kan. sbb terlalu lapang, youtube pun jadi layan sangat. yan tgk video klip "ajari aku- anuar zain". sangat olsem. then sebak teringat ahmad jauh. tgk nora danish kesakitan, lagi meleleh air mata. tgk anuar zain sedih. ok! msj ahmad, cakap rindu sangat kat dia. airmata takyah cakap la. 

sabtu sebelum ahad pagi ahmad berangkat, seharian ahmad dengan yan. bawak yan tgk wayang. teman yan beli stok. cek sales kat kedai di GM, window shopping for me and shopping for him, tolang yan tutup booth di PKNS, Shah Alam. we dinner bersama dalam keadaan kekurangan sbb kena jaga booth sblm ttp, tapi still bersama sama. sempat main permainan dam ular. which ahmad sangat nakal main cheat here and there but i managed to win it. he been so patient entertained me that day. buat yan lagi rasa berjauhan dgn dia. love, i miss you like sedih sangat ni. tak sabar nak tunggu khamis ahmad balik. jumaat msti dia cuti. nak kacau ahmad jugak jumaat tu. kalau boleh, khamis tu nak kacau dah. rindu nya kat ahmad.







dia yang sentiasa melayan kereneh saya!

my hero. tell me, mcm mana yan tak boleh sedih kalau dia takde? hampir suku dari hidupku adalah ahmad.







p/s: pejam celik pejam celik dah sebulan bertunang. OMG! doakan yang terbaik untuk qirana uol's.

Monday 19 November 2012

360 degree for her!


Salam. Skg dah pukul 4.32a.m. tapi yan tak tidur lagi. Mlm td sblm ahmad tidur dah janji nk tidur jgk. Perut meragam. Tak tahu kenapa. Sampai tak boleh tidur. Mungkin jgk sbb ptg td yan dah tidur. Penyakit sgt ptg tidur.

Kehidupan yan skrg pack jgk la. Even yan mmg xmula cari keja lg, tp sy ad keja dan byk urusan. Yan bru blk dr jakarta dan bandung, indonesia. First time pergi sana stlh 24 thn hidup. Fun? Sangat okeyh! But really i still dont get it why people go there to but branded stuff tp hakikatnya cap ayam uols! Ishk xpaham aq. Pakai LV, yet gred AAA. Apakah? Fine la sbb tak semua mampu. Then yg nk pg heboh kat setiap tanah ko jln ko pki brg branded mengaku ori tu kenapa? Perak okeyh! I kind of meluat dgn this kind of people. Baik mcm aq ni, pakai Roxy hadiah en.tunang bg utk birthday. Dah tentu ori. Takde nk belagak nya. Will update psl indonesia soon, very soon.

Balik dar indonesi, busy plak dgn kedai. Me handle mummy new shop dkt Plaza GM, Klang. Lai lai lai. Jemput datang singgah ye. Tingkat 2, F42 if tak silap. Asik confuse je. Asik kne berulang untuk hntr stok dan amik sales. Renyah gila tugas ko jemah! Tp sbb takut interview, ini la pkerja separuh masa saya.

My weekend and baru baru ni banyak public holiday, yan sgt busy. Busy dgn en.tunang (kalau dy baca ayat ni, senyum dpn pc dy ni) a.k.a. Ahmad syg. Asik berjalan je ktorg ni. Dh macam be
Angkas tgk kt aquaria plak dh. Khamis ktorg pg Aquaria. Tu yg dok mention tu. Akan update psl ni jgk sooner or later (gambar pun tak sempat transfer lagi). Sabtu ktorg pegi tgk wayang Istanbul, aku datang!" superb ok citer ni. Sgt terbahak bahak sampai sakit rahang. Then pg amik hantaran. Pelik x? Nnt nk minx izin ahmad blh cerita tak psl hntrn tu kat cni. Kalau blh, akan ditempek jgk nnt.

Fuhh menjela entry jemah kali ni. Jgn jemu ye. Sbb lps ni byk gmbr akan menyusul. Tapi next entry la kan. Ohh ye. Review pasal engagement Qirana akan yan update lps dpt gmb. Sbb yan xd gambar nk tempek. Nnt jd entry mcm ni, muntah plak nk baca. Kang ramai warded lps bce, polis dtg cr yan plak. Keracunan baca mahligai qirana. Hihi. Okla. yan dh lenguh menaip senget dgn iPad ni. Nnt yan menulis lagi. Daaaa...

Tuesday 6 November 2012

fully booked!


Semakin rajin plak yan update. Tgh ada mood ni kan. Kang kalu dah bersawang, jgn la di buzz buzz. Kena plak tgu mood hilang tu dtg. Skrg mood still feeling feeling tunang orang lagi (ini kata ahmad). But not me. Skg ni tgh kumpul material for our wedding. Mmgla nmpk lama lagi, tp kena prepare awal awal. Klu yan ikutkan ahmad, sepoloh thn lagi agkny aq ni kawen.

Tapi sebelum kte bg gambar gambar teaser untuk wedding Qirana tu, meh cni kte kasi tempek satu gambar engagement hari tu.



Date: 28/10/2012
Venue: rumahku syurgaku
Event: My E-day
Mood: Happy to the maxxXxx dan syukur atas nikmat Tuhan yang Esa






Sunday 4 November 2012

Operasi rumah part 2



Apa khabar blog yan? Since the big event (so far in my life), cuaca sangat menduka citakan. Hujan pagi ptg siang dan malam. Lucky me during the event, cuaca sangat olsem. Dan pre wedding bakal! Yeay! Seriously yan sendiri mmg nak pre wedding. Tp sbb ayah panggil dua OP, sgtla penat utk pose. Sampai kan OP tny "k.long ada nak pose apa apa lagi x?" dgn laju yan balas "xde!" haha. 

After the majlis, perasaan?

Rumah:
 all done except for dapur. Lebihan mknn banyak yang ibu dah agih agihkan. Alhamdulillah, makanan semua cukup. Orang puji the foods sgt olsem! Thank you. Sbb yan guna khemah. So, mak yang dgn utih anak beranak yang byk tlg part kemas semula luar rmh. Kerusi meja, skirting meja semua dikemas bersih. Sampah semua siap sapu, ikat ltk kat tong sampah. Pagi bangun, kucing dah selongkar skit skit. Nasib baik lori sampah sampai awal isnin tu. for dapur, mknn yg tgl utk my small family (small wlpn 7org sbb masing2 perangai sama which we dont eat yesterday foods). Mknn tu ibu just biar gtu. Dlm 2a.m. Yan pg dpur, kuih byk dh bersemut. So, saya seorang diri mengerjakan dapur. Kemas semua mknn bungkus msuk fridge, then susun peralatan yg bersih ke tmpt asal, satukan pinggan mangkuk periuk gelas tray kotor utk cuci (pencuci habis, jari plak belum baik dr melecet-alasan kukuh), tutup lmpu dapur, msj en.tunang (chewah, dy ttp ahmad saya), ajak tidur sbb terlalu penat.

Energy:
All out okeyh! Sampai sakit pinggang sbb posing, berdiri, angkat  set sofa ibu yang bertanta tu. kena plak mengemas dapur seorang diri (my sister lalu buat xnmpk je aq bertungkus lumis kat dpur. Xpe! Ni majlis aq. Ahmad kata masa dorang nnt, mlm kte book hotel. Pandai2 la dorg plk mse tuKn ahmad?-memandai menambah, tp nk jgk!) dapat baring je mlm tu, trus lelap. Esokny pkul 12 bru bangun. Terbaiiikkkk!

Majlis:
So far, i love my day masa tu. semua terkawal. Make up cantik (orang yang kata), baju lawa (ni pun org yg puji), hantaran elegent dan esklusif (sampai dah ada yang nak sewa), pelamin comel (ramai sgt yg nk bergambar atas tu), khemah cantik dgn skirting bright pink and purple, kambing bergolek (no one smpt amik gambar) dan makanan cukup. Last but not least, cincin tersarung and thank you to everyone yang bertungkus lumus menjayakan majlis yan. Thanks to all friends and relatives for coming cum helping us for preparation and cleaning and so on. Untuk bakal keluarga baru yan, terutama skali mak ngah and pak ngah ahmad, thank you for helping him and guide him towards this wondeful journey in ous life's, right ahmad? Insyallah, yan akan review satu per satu, mengenai majlis ni nanti.

Alhamdulillah semua selesai dan lancar. Syukur ke hadrat ilahi kerana memberi peluang kepada diri ini menjadi tunang kepada ahmad. Doakan kami hingga ke jinjang pelamin dan jodoh kami berpanjangan sepanjang hayat.




Love,
YanDayana

Friday 26 October 2012

operasi rumah part 1

 


date: 27/10/2012
venue: rumahku syurgaku
energy level: extremely low


apa yang yan merepek kat atas tu psl 3 benda tu? mula2 nk bgtw. hari ni genap la 6 tahun yan bercinta dgn ahmad. pejam celik makan tidur mandi shopping holiday sume, tuptup dah 6 tahun. byk sgt dugaan dlm tempoh ni. tp berkat kesabaran ahmad dan kasih syg yan, kami masih bahagia dan terus mohon doa agar berkekalan ke akhir hayat hubungan ini. alhamdulillah. tepat pkul 12 ahmad dah call wish yan. yan mmg xperasan sbb cbuk sket. (mesti alarm hp bunyi. tu yang igt je pakcik tu)

skg yan kat rumah. keadaan mcm baru lepas banjir kilat. tunggang langgang. bilik ibu sepah, bilik yan sepah, hall, dapur semua sepah. serabut gila kepala yan. barang hntrn baru ada sebelah pihak. tu pun boleh tahan makan space jgk la. belum sampai ahmad punya ag. pagi nnt datang weding planner bwk satu pihak punya lagi. yan nk kne hntr rmh makcik ahmad plak. muala ny ahmad nak amik. tapi mcm kecian plak dy nk berulang, pastu myk tol lg kn. so yan offer diri hntr kn. (ok!angkut semua adik adik tlg hntr nnt) tghri nnt org pasang pelamin dtg. mlm dtg plak org psg khemah.ohhh! satu lg org dtg hntr cupcakes. adoi. nk packing goodies lg plak. tu yg skg sume org bertungkus lumus kemas mana yang boleh. *saya nak ibu pari pari dtg*

nmpk kn senarai workloads yang byk tu. skg yan mmg penat gila. malam masih muda. tp yan dh mengantuk gila. sampaikan nk cas hp, nk cas ipad pun mls. sbb sgt tak nak org gngu. masa singgang adlh masa berbelog dan rehat. barang sekejap dpt baring luruskn pinggang mmg olsem sgt.

okla. sampai mood rajin taip dtg lg.

x.o.x.o







p/s: baju mungkin siap esok. duit downpayment hntrn pun dh settle. kek dah book kat SR. tp byk jgk lg keja. *dead*

teaser for my MUA


wah. sebenarnya rabu lagi yan dah draft post ni. tp sbb itu adalah hari untuk kurang kata kata, maka post ini hanya menjadi draft dan menurut perancangan akan dipost kamis. tapi kamis sgt busy plus tm ngan digi merajuktak nak kerja, ia dipublish hari ini. sangat tak sabar sebenarnya nak post benda ni. saja nak bagitau mcm mana diri ni suspen bila dapat taw berita ni.

hari ahad lepas pekerja ibu EL. jadi kena la yan melepak buang masa kat kedai kan. dtgla my "e-day planner". ko hado? e-day pun aq kne pakai planner. gedik gilos. sbnrny, dy penasihat bebas bondaku si ikan kaloi. dy dtg then dy bgtw, "k.long, ehem tu jadi taw make up ko. tu abg lan sponsor." dalam hati dh melompat lompat mcm makan gula gula letopletop dlm mulut tu. syukur Alhamdulillah. yan xkn reveal skrg sape dy. tp yan akan bg hint by ltk gambar gambar ni. korang layan gambar then blh gugel ye. jgn gogel plak. kabur pdgn dlm air nnt. hihi =))





cantiknya wanita ini. very the natural beauty inside outside.

siapa tahu ni isteri siapa? kalau tak tahu, blh la terjun sungai skrg!

yg pgg veil tu kalau tak sila cosry pny olang. tp saya punya MUA yg tgh pgg brush tu. cer teka cer teka.

x.o.x.o











p/s: skg rumah macam nak karam. kemas bilik, ruang tamu sepah. kemas ruang tamu, dapur sepah. kemas dapur, halaman plak sepah. sudahnya satu rumah semak.

Tuesday 23 October 2012

wordless wednesday

hari kurang kata kata.
berdebar menghitung hari.
menanti hari ke-5
#qirana2810

:from ahmad to yan:

Friday 19 October 2012

Persiapan tunang


Pertama skali yan nk minx maaf sbb biar mahligai sendiri bersawang. Bukan xnk update, tp terlalu busy dgn segala persiapan. Sape ad twitter? Cheq rajin hapdet kat twitter perkembangan. Kenapa burung biru yg yan pilih? Sbb yg yan approved kt ctu sume bukan kaknam. Yan mls nk post kt fb sbb rmai sgt stalker ny. Pulak ny, fb pny privacy mcm xd. Kita create private event pn org blh tgk. Apakah!

Termasuk hari ni, yan tinggal 9 hari je lagi sblm menjadi tunangan org. Bkn nk kata tak sabar or wat, cuma rasa nebes tu bercambah mcm cendawan tumbuh lps hujan. Mne nk kms rmh, pk kn hntrn dua belah pihak yg yan kne sedia kn, tempah kek, tmbh menu sbb takut tetamu tak kyg dgn menu minum ptg. Tambah plak satu keja lg. ibu nak kad utk menje,put kengkawan dy. alahai bondaku. Tp turunt kan jgk. Byk hlgn buat kad ni. Nnt lps majlis yan akan reveal satu satu ye.

Good news! Nmpk tak S tu. mmg byk la berita kn. ok, kita cter satu satu.

Langsir tunang merangkap langsir raya haji. bulan syawal aritu, dpt je tw jd nk tunang, ibu dan yan telah secara tak sengaja, which mmg out of plan (plan asal nk beli tikar bulu2 yg trend sgt tu) pg nilai. Tertempah langsir. Ok. Langsir dh lama siap. Dh berhabuk plastik ny kat bila ira. Smlm officially siap pasang. Tgl nk tgu ahmad dtg utk psg kn hujung langsir tu je ptg nnt.

Attire. Yan bukan memilih. Apatah lagi cerewet. Yang mahal lagi la out of mind. Last two weeks pg Jakel. Tempat faberet skg. Asik cr kain je keja ny. Pg jakel kne bwk designer. Utk dpt diskaun kawkaw gile babas punyer! Ni tips berguna. Bykkn harga RM789/meter blh jadi RM200 klu anda designer. Blh mak jemah dpt harga tu? Nanhado jah. Ok. Ibu dh pilih kain utk yan. And p.a ibu telah hntr bju utk ditempah. Design ny? Peplum! Yeay. Sgt happy sebab hanya peplum dpt bntu tutup kekurgn diri. Haha. Next week akn siap bju. Hopefully by rabu la siap ny. *tak sabar*

kambing golek. Ini direquest khas oleh bkl menantu pn.selemah. Dy nk kambing golek. Haru jgk pk psl kambing ni. Tp telah diselesaikan oleh bondaku. Katering skali dgn abc. Sume benda nk live. Kang aq buat pengumuman live nk trus nikah, bru tkejut berok sume. Haha.

MUA. Ok sila gugel klu tak tahu. Dh confirm. Memandangkan nenek tak dpt dtg disebabkan m.ndak xd cuti, maka pak andam allaowed! Sape make up artist ituw? Hint: Dr.halina. Pandai pandai cari. Tak pun sabar tgu yan reveal.

OP. blh gugel lg ap dy. ayah yg setelkn. Then td ad berita baik. 
Ayah: gambar tu nnt nk mcm mne? Xnk pre wedding ke?
K.long: xyhla yah. Nnt nenek tgk bising plak dy.
Ok. Then msuk blik bgtw ibu. Ibu kata pg ckp nk buat. Bila lg nk buat. Org nk sponsor tu. kluar blk, lari pg kt ayah, then...
K.long: ayh, nak la pre wedding tu.
Ayah: hah. Buat la. Nnt gmb blh pki utk banner. Buat satu photobook.
Sangat happy! Igtkn pre wedding sticker album je. Skali dpt photobook. Untung jadi ank sulong. Den je yg tahu. Haha.

Hantaran. Yg yan bg ahmad dh dpt dh. Tp isnin kne bwk pg kedai ibu blk utk gubah ltk brg skali. Ahmad punya xsiap ag. Dan respon utk yg siap tu, cantik gilos uols. Tak sabar nk tgu sume combine.

Apa lagi ye yg x update?

Mini pelamin: sponsor by vendor ibu
Canopy: sponsor by penyewa rumah
Makanan: sponsor by kawan kawan ibu
Goodie: done! Ibu yg cr solutio


Semua ni akan yan reveal slps majlis. Sgt berharap semua blh jd panduan utk b2b yg lain.

Wednesday 3 October 2012

harga emas merundum

 

pejam celik sekarang dah masuk bulan oktober. yan yakin, bagi mereka yang merancangkan sebuah "masjid" mesti sedar dan sentiasa aware dgn tarikh kn. bahkan bila hari menjelang tiba, masa plak yang kita hitung betul tak. padahal kita sedia maklum sehari tetap 24jam. hihi. itula dia bila kita gemuruh. semua benda remeh pun menjadi berat. kalu benda dh mmg berat? serahkan kepada Yang Esa. Dia lebih mengetahui.

taip...padam...taip...padam..

bila nk siap satu entry yan pn tak tahu. sebenarnya yan nebes sgt. kalau yan bgtw ahmad, nnt dy akan jawab "syg relax je. takyah kalut2". adoi. senang je dy ckp kn. mesti org pelik ap yg yan nebes kan sgt ni. nk taw kenapa?

yang jauh mari dkt, yang dkt mari rapatttt.............

ni yan nk story. benda yang jadi secara mengejut. itulah yang telah tertulis untuk kami. (sambil yan menaip ni, cbuk open new tabs nak download Adam&Hawa). multitasking katanya. ok, back to the story...

raya baru ni, yan ad jemputan kahwin. she used to be my bestfriend la. since i changed school and i stay far from school, tu yang xle nk jd rapat sgt. we have our own path right. balik dr wedding dy tu, besti yan yang tlg touch up me masa risik tu tnya yan. jadi ke oktober ni. i was panic sbnrny. yan pernah discuss dgn ahmad psl ni. yan igt tak nk bertunang. ahmad pun setuju. then bila digasak semua org tny bila nk tunang, so bncg ngn ahmad and come out with "kena pikirkan ni". then tibe2 petang ny dah pergi kedai "Emas Sri Pinang" tgk cincin. ko hado? 

Kedai Emas Sri Pinang. tajuk entry bagai nak gila kan. mau saudagar emas sakit jantung dgr harga emas merundum. tak pernah dibuat dek sejarah emas. hihi. before end of Syawal, kedai emas ni buat promo. gile babas offer dy sampai 70%. mane nak carikkk (bak kata ahmad dgn huruf K ditekan keras) so ktorg masa tu kat metro point, kajang. jln2 nak beli Hot&Roll, tbe2 mata tertumpu ke arah kilauan emas. eh!!ramai je org dlm kedai tu. dh nk abes raya pn ramai lagi.

ayat baik sket kat ahmad, ajak dy masuk. dan kami pun tbe2 je dah berdiri di depan cermin pameran cincin belah kain rotan. tanya kat akak jaga tu, ada less bape ni kak? sume 70% dik. ::histeria:: sgt teruja okeyh. tapi memandangkan duit tabungan Qirana semua yan masuk ASB kunun ny nk dpt dividen hjg tahun tu, dapat tgk je la cincin tu semua. sale sampai esok je ni. tanya ahmad apa nk buat ni. ahmad kata kena beli gak. sebab ni dah jimat terlampau. cer bayangkan, harga cincin 3k dapat dlm 1k. sape nak bagi kan. yan bukan kesah pun mahal ke, murah ke, yang penting tak membebankan ahmad.

keluar kedai, muka excited tetapi kecewa. sbb tak dpt nk trus beli kn. mlm tu pujuk ibu yan utk dulukan duit. time ni la rasa sgt bertuah sbb mak ahli perniagaan. kalu mak pekerja gomen, ko igt sng nk ad riban cash dlm beg? nanhado! gesel sket ngn ibu minx dulukan duit. isnin baru kuarkn duit asb byr balik. btw, msti plik npe yan yang kne kuar duit asb kn. duit asb saya adalah duit tabungan kahwin ahmad. kelas kau maria! belom kawen dah pgg duit laki. jgn slh phm. ini utk kebaikan bersama. ahmad akan setuju dgn statement maria ni. hihi.

angkut my bestie tghri ahad tu, bwk pg hunting cincin tunang. eh! tadi pikirkan. skrg mcm dh confirm tarikh plak. trust me. masa ni tak decide lagi tarikh bila. ahmad kata cincin beli awal pn xpe. emas kan. harga mane nk "merundum". hihi. singgah spa my mum, sbb dy la banker nya skrg, then trun bawah pg Emas Sri Pinang. nmpk tak berapa kali dah yan sebut nme kedai ni. xreti nak lantik jadi duta ke? kuikui. masa tu msti pkerja kedai tu meluat tgk yan. hari tu tbe2 yan terjangkit ahmad punya penyakit. hah? penyakit ap? penyakit cerewet. byk gile cincin yan cuba jari size 11. tp ikut cutting size 10 blh msuk. 10 stgh pn ok. 11 stgh pn ok. masak kakak promoter tu. rsau dy hilg cincin bila byk sgt custimer cuba. hihi.

dekat sejam gk la memilihkan. finally the decision has been made.








...tada...

terlalu besar, nope!

tinggi sgt nnt calar kereta, nope!

excited dh dpt la tu~

kenangan sale

ini yan punya. akan direveal kemudian. sorry~


sampai sini dulu entry kali ni. nnt yan cter pasal our e-day date. hrp2 rajin la ye.




mahligai qirana,

yan

Tuesday 18 September 2012

keluarga bertemu keluarga?

 

sejak hari pertama bukak blog ni, since i've post previous entry (jelas menunjukkan "single" entry ye!) memang saya sebagai pemilik blog mengakui terbersin terbatuk tersedak dgn sawang yang ada. labah2 yang membuat sarang pun mati disarang sendiri kerana serangga dari jauh dah nmpk perangkap pemangsa terus menjauhkan diri. ini masalah orang zaman sekarang. forgive me ma lady. i've been so busy with my thesis. Alhamdulillah, tak lama lagi, segulung lagi sarjana berada dalam genggaman. banyak yang ingin Yan kongsi.

Yan mulakan dengan perancangan ke arah mahligai impian Qirana. sejak kami berada di UTM, Skudai lagi kami memang dah merancang semua ni. bulan depan genap enam tahun percintaan kami. kalau kami ni tak belajar, mungkin kami dah lama mendirikan masjid kami. itu semua KALAU. tapi, kalau kami tak sambung belajar pulak, macam mana kami nak jumpa kan Ahmad? inilah yang dikatakan jodoh Allah. Syukur sangat.

masa belajar dulu, Yan ada bincang dgn Ahmad. Sebulan lps Ahmad bekerja, Ahmad boleh masuk merisik. tapi, setiap benda ada halangan nya. kita hanya merancang, Allah yang menentukan pengakhirannya. majlis merisik terpaksa ditunda kerana kedudukan kewangan yang masih tak kukuh. ditambah pula dgn Yan sambung belajar. tapi, majlis tetap dilansungkan beberapa bulan selepas itu. memang dpt tentangan dari beberapa pihak. Yan tak salahkan sesiapa pun dalam hal ni. yang penting sekali, pada tarikh 4December2012, keluarga Ahmad dtg merisik Yan. 

Majlis masa tu mmg sangat sederhana. semua buat last minute. bayangkan la pagi tu Ahmad kata rombongan dia bawa tiga barang. Cincin tanda (yang ni ktorg beli dgn ibu Yan. Ahmad sangat cerewet dalam hal memilih barang smpi ibu pun pening), kek (Yan agk kekwat la sbb yang ni yang siap order lagi ngn Ahmad perasa nya) dan juga buah (kalau tak silap la, sbb bnd dh lama. Yan pun lupe. malas nk tanya Ahmad, sbb dy lg pelupa dr Yan. HiHi). bila dgr je Ahmad bg 3 benda, makcik2 Yan bising suh tmbh brg nk bg pd keluarga Ahmad. hasilnya adalah buah, apam polkadot (utih sponsor), kuih tak ingat (kak rina sponsor), tak ingat dan tak ingat. Apa teruk sgt memori Yan ni. nk cr gmbr mls. tgk la anak dara ni. tp yg pasti, pagi tu cari barang, pagi tu jgk gubah. stress la mak jemah kan. tapi semuanya selamat. seronok la family Ahmad, dpt byk mknn. untung jadi belah lelaki ni.

setelah dirisik, kami merancang utk bagi tempoh setahun sebelum bertunang. waktu lps merisik tu, byk sgt dugaan. airmata tak pyh nk kira la. bukan berbaldi lagi. dh berperigi dh airmata. gadoh pujuk baik. gadoh pujuk baik. bkn bg bunga lagi dh, sampai bagi pokok bunga nak pujuk. itula dugaan kami. maklum la darah mudah tengah mengelegak kan. sekarang mula memikirkan fasa kedua. memang banyak rintangan. harap semua berjalan lancar. nantikan entry seterusnya. layankan beberapa moment pegun ini.

.
.
.
.
.
 
dimekap oleh my bestie Wan Azimah. tq sayangku.

another good friend of mine, Syazwani. Sanggup dtg, wlpn asgmt byk.

blh nampak tak tu budak botak makan tertunduk2 kat dpn pintu tu. dia tukang makan.

close-up sket. mr.Ahmad sedang bergumbira makan.

Farhana, me and ma ring, Wan

yan nk tunjuk cincin sebenarnya. abaikan henna tu.




mahligai qirana,

Yan




p/s: yan ingat nak suruh Ahmad buat entry dalam ni. agk2 dy free tak? doakan yang terbaik buat kami Qirana

Saturday 14 July 2012

Lambaian Pemilik


salam pembuka bicara. dengan niat dan nawaitu supaya dapat berkongsi perasaan diruangan cyber. ini bukan blog pertama Yan. termasuk blog yang baru pada 15Julai2012, ini merupakan blog ke-3 dari Yan. bukan niat tamak ataupun saja test market blog ni, cuma setiap blog ada cerita tersendiri. lahirnya sebuah lagi blog dr Yan ini lebih mengfokuskan kepada perjalanan hidup sang Qirana.

Tentu ramai yang tertanya bila membaca fokus di ataskan? Apa itu Qirana? Siapa gerangan empunya nama? Cantik kah orangnya? Bagaimana boleh bertemu? OooHhhh, mesti nak buat blog novel?

banyak persoalan. tapi hanya ada satu penjelasan. 

muzaQIR + dayANA = Qirana


setelah kata sepakat, persetujuaan, kebahagian, kesenangan, kegembiraan,  dugaan, cabaran, pergaduhan, pertelingkahan, ranjau onak duri, akhirnya kini kami membuat keputusan membina mahligai impian bersama. blog ini khusus menceritakan tentang segala persiapan, perbelanjaan, isu kerja kahwin, vendor perkahwinan dan bekalan pasangan dalam membina impian.

Doakan agar segala yang kami rancang bertemu pengakhiran yang diredhaiNYA dan segalanya berjalan dengan lancar dan kami dapat harungi cabaran dan dugaan mendatang. semoga kami dipermudahkan segala urusan, dimurahkan rezeki dan tidak melakukan pembaziran sepanjang proses ini. AMIN.

salam perkenalan dari penulis,

Yan