Sunday 4 January 2015

Borak suami isteri

Waduhhh tajuk dah macam nak cerita dlm selimut pulak. Jgn risau. Kanak kanak masih sesuai baca lagi. Takde yg pelik dan tak boleh baca pun. Benda ni jadi pun secara spontan. Kisahnya jumaat lps, kan ke kami ni lari rumah sbb nak mengelak perarakan maulidul rasul lorong umah ni. Makanya lps jual beli hp dkt jenjarom trus blk kjg. 


Otw nak sampai kajang tu for sure lalu Bangi punya. Otak ni ligat ni, mcm mana nak ajak suami ni singgah downtown Reko. "Ehem, abi kalu kita singgah Jalan Reko kjp blh kan? Syg nk cr tudung pakai esok la". Alasan kena kukuh oiii. Nak pulak g tempat2 sesak asap rokok kepol kepol tu bawak si kecil ni. Mana blh  sebarang je redah. Abi pun jwb "blh la beli susu lejen tu skali kalau ada". Dlm hati dh happy dah ni. Confirm la singgah. Lagi bunga2 hati, dia ni igt rupanya apa yg bini dok suka. Hahahaaaa. Lps dr tu jadi la dialog laki bini.

Abi: masa mengandung suruh minum susu, taknak. Bila minum asik muntah je. Ini anak dh keluar, dia pun sibuk mencari susu. 

Me: eh abi ni. Biarla nak minum susu pun. Entah2 syg mengandung lagi tak???

Abi: ehhh ehhh. Takde maknenya. Maknya mengada mcm anak ny. Bukan Sbb mengandung pun. Alasan dia la tu nak mintak mcm2.

Me: *gelak beso*
.
.
.
Abi dh mula o/s. Yan plak rasa selera makan mcm monster. Timbang berat naik sekilo. "Hoi! Laki xd, ko nak jd giant ke?"-monolog dalaman. Terus mcm cuak. Pastu igt diolog laki bini. Terus msj abi.

Me; abi kalau syg prgnt mcm mana?

Abi: kita dapat baby la 😍😍😍. Dpat amod^2. (Amod tu pgln manje si kecil ni). 

Me: .........xnkla. Nnt xd org nk lyn syg mengada. Tgu abi dh stable baru blh ada baby baru.

Bukan dia yg bwk perut sarat ni. Bukan dia yg mengadap kerenah si kecil ni 24jam. Dia seronok la ada org nak ber BIN BINTI kan nama dia. Kita yg menjaga masa dia tak jumpa darat tu yg parah. Parah wlpn tak kurus kurus.
.
.
.
To be honest, yan suka mengandung dan happy bersalin. But I can't really enjoyed my "pantang". Ahhhghhh mmg tak suka pantang. Nnt ada masa yan ceritakan. Smpi sini dlu. Daa

Friday 2 January 2015

Cuti Tahun Baru

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ  

Akhirnya ada kesempatan update blog. Sedang membuang masa di Majlis Perkahwinan kawan Abi dkt Sepang. Bukan nk kata majlis ni membuang masa, tp salah timing Abi buat kami kebosanan kat sini. Nasib baik econ mcm shopping mall. Tak terasa sgtla. Lps kyg mkn rasa nk layu je mata ni. Ada yg tdo ddk jp lg ni *sigh*

Nak kongsi xtvt masa cuti new year hari tu. Selain dr rutin hantar stok ke kedai, khamis lalu kami laki bini sibuk drill rmh sana sini. Semua susun atur tukar posisi perabut kelam kabut nk buat. Sbb takut tiba2 Abi o/station, takkan nak minta babyANM plak kan yg angkat semua perabot tolong alih kan. 

Rabu beli sikit2 ALGOT sistem kat ikea, semua Abi dh siap install. Happy wife! Los ni setiap bulan nak sikit2 beli cat utk cat rumah. Mula dgn living hall dlu. Satu rumah nk lena cat offwhite bagi nampak bersih dan luas. Lps tu second bedroom nk tukar dr bilik laundry dan closet jadi playroom baby. Harap2 berhasil la.

Ini sampai hari ni belum siap sepenuhnya menyusun rumah. Menyesal tak buat sblm ada baby dulu. Dah ada baby, keja makin drag berjam jam. Baru nak gantung langsir, baby nangis nk susu. Siap menyusu mood nk kms pun dh fade off pulak. Sudahnya keja separuh hari blh siap, jadi berhari-hari. Dgn Abi yg asik ajak berjalan je. Ni blk kompem singgah nilai3. Hoho. [blh la minta sarung kusyen baru] *wink*


P/s: ok. Memang nak tdo skrg. Kenyang sejuk package baik.


Thursday 1 January 2015

Selamat Datang 2015

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ  

Ya Allah. Ampun semua. Sepi sawang blog yan ni. Apa nak jadi ni. Buat tak pernah istiqamah langsung. Harap-harap tahun ni lebih baik dari tahun lepas la ye. 

Nak cakap apa ye? Apa nak tulis first entry ni? Hurm.

Ok. Mula dgn azam tahun baru la. Klise sgt kan. Tapi baik klise dr sepi. Loser! Haha

Azam.
1) Solat ikut waktu, harap xd lopong. Alarm alarm alarm utk solat perlu install baik dkt hp, ipad, pc jgk jika perlu. Kadang kita ni bila dh online, mcm yan suka sgt scroll IG. Skg tgh addict dgn COC (siapa sama, blh rebus hp seperiuk dgn yan sbb ini mmg lagroh!), kadang sampai terbabas. Sedih!

2) Ganti puasa. Yg ini bukan liat. Tapi takut. Nak gantinya sebulan. Anak dbf (opss, ckp pasal anak nth bila nk update pasal tu ye), jd mmg xpnh buat stok EBM la. Takut susu surut. Kena baca byk bulan ni tips berpuasa.

3) Kumpul duit utk deposit rumah. Ini mmg dh target. Umur 30 kena beli rumah. Dah ckp dgn somi dah. Jadi kena berjimat. Cari duit lebih byk. (Tapi masalahnya, asal keluar je habis duit. Dok umh pun habis duit. Berhabis ke anak. Takpela kot)

4) Masak. Belajar masak. Masak utk somi boleh kumpul lebih pahala. Tapi lepas ni somi pun jarang ada kat umah. Susah la nak dpt pahala free ni. Alahai.

5) Buka kedai or join vendor boutique. Ini dr thn lps plan ni. Tapi modal xd. So tahun ni somi pun dh kerja baik, modal dh cukup, nk cari kedai je. Harap2 makbul.

Malas nk ltk azam update blog selalu, takut tak tertunai je. So, Habis dah azam. Banyak2 pun tak guna. Haha. Skrg sambung wishlist pulak. 

Wishlist.
1) Playroom for #babyANM lengkap skali bilik tidur. Ini dah bape kali ulang IKEA survey barang ni. Tapi warna pun x decide lagi. Nnt akan update pasal ni.

2) iPhone6. Ni dah dapat. Merajuk thn sudah, somi belikan 6+. Pakai tak sampai dua minggu, tukar dgn ibu pny 6 yg dia baru dpt. 6+ terlalu besar. Nk taip pakai sblh tgn tak lepas. Mcm mana nk online sambil susukan si kecil kan. Hihi.

3) Holiday cop buku merah. Plan asal nak booked bulan 3. Trip to Bandung Jakarta. Bila somi dpt kerja baru, waktu kerja tak menentu. Kalau booked skali dia outstation or cuti kena tarik blk, mcm bazir plak. But, i will plan something utk dptkn wishlist ni pangkah.

4) Prepare si kecil punya birthday party. Seronoknya. Tak sabar. 6bln lagi. Nak d.i.y mana yg mampu. Kena start dr skrg ni. Pilih tema, booked itu, tempah ini. Bestnya.

Itu je kot. Kalau ada lagi nnt blh tambah. Tamat dh entry ni. Si kecil dh bgun minta susu. Dadaa