Tuesday 18 September 2012

keluarga bertemu keluarga?

 

sejak hari pertama bukak blog ni, since i've post previous entry (jelas menunjukkan "single" entry ye!) memang saya sebagai pemilik blog mengakui terbersin terbatuk tersedak dgn sawang yang ada. labah2 yang membuat sarang pun mati disarang sendiri kerana serangga dari jauh dah nmpk perangkap pemangsa terus menjauhkan diri. ini masalah orang zaman sekarang. forgive me ma lady. i've been so busy with my thesis. Alhamdulillah, tak lama lagi, segulung lagi sarjana berada dalam genggaman. banyak yang ingin Yan kongsi.

Yan mulakan dengan perancangan ke arah mahligai impian Qirana. sejak kami berada di UTM, Skudai lagi kami memang dah merancang semua ni. bulan depan genap enam tahun percintaan kami. kalau kami ni tak belajar, mungkin kami dah lama mendirikan masjid kami. itu semua KALAU. tapi, kalau kami tak sambung belajar pulak, macam mana kami nak jumpa kan Ahmad? inilah yang dikatakan jodoh Allah. Syukur sangat.

masa belajar dulu, Yan ada bincang dgn Ahmad. Sebulan lps Ahmad bekerja, Ahmad boleh masuk merisik. tapi, setiap benda ada halangan nya. kita hanya merancang, Allah yang menentukan pengakhirannya. majlis merisik terpaksa ditunda kerana kedudukan kewangan yang masih tak kukuh. ditambah pula dgn Yan sambung belajar. tapi, majlis tetap dilansungkan beberapa bulan selepas itu. memang dpt tentangan dari beberapa pihak. Yan tak salahkan sesiapa pun dalam hal ni. yang penting sekali, pada tarikh 4December2012, keluarga Ahmad dtg merisik Yan. 

Majlis masa tu mmg sangat sederhana. semua buat last minute. bayangkan la pagi tu Ahmad kata rombongan dia bawa tiga barang. Cincin tanda (yang ni ktorg beli dgn ibu Yan. Ahmad sangat cerewet dalam hal memilih barang smpi ibu pun pening), kek (Yan agk kekwat la sbb yang ni yang siap order lagi ngn Ahmad perasa nya) dan juga buah (kalau tak silap la, sbb bnd dh lama. Yan pun lupe. malas nk tanya Ahmad, sbb dy lg pelupa dr Yan. HiHi). bila dgr je Ahmad bg 3 benda, makcik2 Yan bising suh tmbh brg nk bg pd keluarga Ahmad. hasilnya adalah buah, apam polkadot (utih sponsor), kuih tak ingat (kak rina sponsor), tak ingat dan tak ingat. Apa teruk sgt memori Yan ni. nk cr gmbr mls. tgk la anak dara ni. tp yg pasti, pagi tu cari barang, pagi tu jgk gubah. stress la mak jemah kan. tapi semuanya selamat. seronok la family Ahmad, dpt byk mknn. untung jadi belah lelaki ni.

setelah dirisik, kami merancang utk bagi tempoh setahun sebelum bertunang. waktu lps merisik tu, byk sgt dugaan. airmata tak pyh nk kira la. bukan berbaldi lagi. dh berperigi dh airmata. gadoh pujuk baik. gadoh pujuk baik. bkn bg bunga lagi dh, sampai bagi pokok bunga nak pujuk. itula dugaan kami. maklum la darah mudah tengah mengelegak kan. sekarang mula memikirkan fasa kedua. memang banyak rintangan. harap semua berjalan lancar. nantikan entry seterusnya. layankan beberapa moment pegun ini.

.
.
.
.
.
 
dimekap oleh my bestie Wan Azimah. tq sayangku.

another good friend of mine, Syazwani. Sanggup dtg, wlpn asgmt byk.

blh nampak tak tu budak botak makan tertunduk2 kat dpn pintu tu. dia tukang makan.

close-up sket. mr.Ahmad sedang bergumbira makan.

Farhana, me and ma ring, Wan

yan nk tunjuk cincin sebenarnya. abaikan henna tu.




mahligai qirana,

Yan




p/s: yan ingat nak suruh Ahmad buat entry dalam ni. agk2 dy free tak? doakan yang terbaik buat kami Qirana