Saturday 14 July 2012

Lambaian Pemilik


salam pembuka bicara. dengan niat dan nawaitu supaya dapat berkongsi perasaan diruangan cyber. ini bukan blog pertama Yan. termasuk blog yang baru pada 15Julai2012, ini merupakan blog ke-3 dari Yan. bukan niat tamak ataupun saja test market blog ni, cuma setiap blog ada cerita tersendiri. lahirnya sebuah lagi blog dr Yan ini lebih mengfokuskan kepada perjalanan hidup sang Qirana.

Tentu ramai yang tertanya bila membaca fokus di ataskan? Apa itu Qirana? Siapa gerangan empunya nama? Cantik kah orangnya? Bagaimana boleh bertemu? OooHhhh, mesti nak buat blog novel?

banyak persoalan. tapi hanya ada satu penjelasan. 

muzaQIR + dayANA = Qirana


setelah kata sepakat, persetujuaan, kebahagian, kesenangan, kegembiraan,  dugaan, cabaran, pergaduhan, pertelingkahan, ranjau onak duri, akhirnya kini kami membuat keputusan membina mahligai impian bersama. blog ini khusus menceritakan tentang segala persiapan, perbelanjaan, isu kerja kahwin, vendor perkahwinan dan bekalan pasangan dalam membina impian.

Doakan agar segala yang kami rancang bertemu pengakhiran yang diredhaiNYA dan segalanya berjalan dengan lancar dan kami dapat harungi cabaran dan dugaan mendatang. semoga kami dipermudahkan segala urusan, dimurahkan rezeki dan tidak melakukan pembaziran sepanjang proses ini. AMIN.

salam perkenalan dari penulis,

Yan


No comments:

Post a Comment