Saturday, 22 December 2012

PR: Strawberry Whitening Shiny


hai semua. ini first time yan buat entry untuk product review(PR). kenapa wujudnya entry macam ni? sbb yan taw, semua org ada perasaan ingin tahu. kadang2 kita nak org yg cuba dlu. bila dpt feedback yg baik baru kita terhegeh hegeh nak try kn? (sambil taip,sambil pandang muka kat cermin. mmg ckp utk diri sndri). so product review adalah penting info info nya bagi pengguna macam saya. siapakah saya?

saya ialah seorang graduan yang tidak mempunyai income, tetapi ingin memcuba produk baru yang terbukti keberkesanan nya terhadap orang ramai.

strawberry whitening shiny

nama: strawberry whitening shiny
berat: 400g
from: hongkong
fungsi: body scrub

ok. itu anta details penting yang perlu tahu. sangat basic. what it is for? itu soalan semua akan tanya kan. memandangkan yan baru balik holiday dgn kesayangan hamba di Philea Resort, Melaka, harusla saya sedikit gelap. the thing is, untuk muka mmg byk produk yang boleh kita pakai and dpt kesan segera. tapi untuk anggota badan yang lain?

yan mengaku ada orang suka kulit mereka nampak keperangan (bajet paris hilton wanabe). tapi i need my fair skin. untuk apa? sbb my ahmad cerah. wlpn dy berpanas naik motor mencari rezeki (mls bwk mr.black sbb jammed), tp dia senang kembali putih. hanya dgn sabun mandi susu kambing Cosway dia je. shower 2-3 kali dah cerah balik. 

kulit yan plak sgt degil. haiyo. kalu dh sunburn tu, slagi tak buat pape, lekat la hitam smpi ketua ke tua. jadi ini merupakan produk solution untuk mereka yang mempunyai masalah seperti yan. produk ini mampu mencerahkan kulit kita. pokok pangkal kena rajin. lepas berjemur tepi swimming pool tu, balik bilik before berendam dlm bath tab tu, lumurkan tempat yang kena sunburn dgn produk ni. gosok sikit kerana produk ini bertindak sebagai scrub. ia akan menanggalkan kotoran dan menanggalkan sel kulit mati. jgn kita ternak plak kulit mati ni, nnt menyesal. selepas lumur dan gosok, biarkan seminit, dan boleh dibilas atau lompat masuk bath tab berendam.

mudah kan?

kesan adalah serta merta. tapi jgn la plak harap kulir dr negro jadi minah salleh. anda akan merasa perubahan pada kulit anda. believe.

selain dari mencerahkan, ia juga mampu menghalus dan melembutkan kulit anda. jadi mulus uols mcm baby. iols dah rasa. iols sndri xpuas usap tangan sendiri. kulit pun jadi sekata dan glowing (dh mcm edward cullen la plak kn). dan ia sgt wangi. ummmm rasa nak makan tangan sndri.

mcm mana blh beri kesan begini? kerana kandungan nya la uols.

1. strawberry extract and deep sea mineral salts
uols tahu tak, bahan ini yg membantu mencerahkan kulit. deep sea salt tu kalau biasa kita tgk org guna utk rendam kaki kan? bila kita apply ia mampu menanggal sel kulit mati dan membantu mengatasi kekusaman kulit. secara tak langsung bahan bahan ni dapat menyekatakan warna kulit (kalau tak tu dah macam palet warna dah nmpkny)

2. Gingko essence and vitamin E
ini membekal collagen dan mengembalikan keanjalan kulit uols. nampak tegang dan licin.vitE membantu anda mendapat kulit yang sihat dan lembab. xdla kalu terlanggar bucu meja nampak kesan kelabu asap tu kan.

so, what you waiting for? 

dapatkan di 5sisterlicious dgn harga promosi RM15.90 sahaja. sangat berbaloi untuk kulit yang lebih cerah sekata mulus bak bayi.

No comments:

Post a Comment